Merujuk Mohd. Rashid Md. Idris et. al(2014), Sejarah Melayu dalam pengolahan strukturnya menggunakan kaedah intertekstualiti, dengan sendirinya prinsip transformasi, modifikasi, demitefikasi, ekserp, dan paralelasi berlaku. Dalam kajian awal Windstedt(1938) orang yang menemui kaedah ini merujuk peristiwa dalam Sejarah Melayu, iaitu orang Minangkabau menerima Sang Sapurba sebagai pemerintah mereka selepas pembunuhan ular Saktimuna. Beliau juga mengambil kira beberapa nama Hindu yang terdapat Sejarah Melayu seperti Sapurba, Maniaka, dan Nila Utama yang dipercayai sebagai Suprabta, Menaka, dan Tilottama, iaitu tiga bidadari dari keinderaan.
Dalam fahaman pengarang asal Sejarah Melayu yang tidak diketahui, naskhah awal Sejarah Melayu mungkin telah disunting, disusun, atau ditulis semula kemudian oleh Tun Seri Lanang dengan pelbagai sisipan tambahan yang disebut pada zaman pascamoden ini sebagai kerja instertekstual atau parodi.
Konsep Pengarang
Persoalan mengenai pengarang Sejarah Melayu menimbulkan banyak kontroversi dalam kalangan sarjana. Windstedt menyatakan bahawa pengarang Sejarah Melayu tidak diketahui. Pengarang tersebut semestinya hidup di Melaka sebelum Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511 Masihi(R.O Windstedt, 1938). Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa Sejarah Melayu pada asalnya merupakan satu senarai ringkasan tentang raja Melaka sahaja. Senarai tersebut ditokok tambah dengan sisipan pelbagai cerita atau maklumat yang bercorak sejarah yang terdapat di Perpustakaan The Royal Asiatic Society di London.
Manakala Wolters pula ada membicarakan mengenai unsur kebudayaan India dalam Sejarah Melayu melalui Seri Ter Buana yang dilambangkan sebagai Bodhisattva. , Raja Avolokitesvara, yang juga dikenali sebagai Raja Segala Alam. Wolters menambah dengan menyatakan bahawa Bukit Siguntang bagi penduduk Palembang ialah gunung suci, iaitu tempat kediaman Raja Avalokiteswara.
Raja Avalokiteswara memakai lima pita pengikat sebagai perhiasan kepala yang menjadi lambang kekuasaan. Sementara itu, dalam Sejarah Melayu pula ada menyatakan bahawa setelah Seri Teri Buana menaiki takhta , satu tengkolok khas dengan lima perhiasan dipakai oleh baginda yang dinamakan sebagai Sis.
Wolters juga menerangkan bahawa dalam Sejarah Melayu, rakyat dilarang memakai gelang kaki. Hal ini kerana gelang kaki hanya dipakai oleh raja sebagai simbol kekuasaan. Pengarang Sejarah Melayu juga menunjukkan bahawa kaki raja sebagai simbol kuasa diraja bagi pemerintah di Asia Tenggara. Unsur kebudayaan India dalam Sejarah Melayu menunjukkan hubungan kebudayaan awal antara alam Melayu dengan India.
Tun Seri Lanang berjaya memadukan unsur Hindu yang berkaitan dengan upacara sembahyang dengan konsep devaraja seperti air basuhan kaki dapat menyembuhkan sakit gatal raja Cina dan menganggap raja sebagai bayang tuhan. Selain itu, gambaran devaraja yang dipaparkan dalam Sejarah Melayu berdasarkan persamaan unsur mitos dan lagenda tradisi India. Perbincangan intertekstualiti dan pengaruh ini menunjukkan bahawa Tun Seri Lanang telah mengaplikasikan kaedah penulisan itu untuk memperkaya sesuatu teks.
Kesimpulannya, kepengarangan Sejarah Melayu banyak terpengaruhi sastera India. Gaya penulisan dan sikap pengarang sebegini tidak begitu menghairankan kerana Tun Seri Lanang sendiri berasal dan berhipogran India.
Rujukan
Hj. Mohd. Rashid Hj. Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2013). Karya agung Melayu: BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan