Menurut Kamus Dewan(2010), dukun mendukung maksud orang yang mengubati orang sakit atau memberi ubat secara tradisional melalui bacaan jampi serapah dan sebagainya. Manakala pendukunan pula membawa maksud pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu pendukunan.
Berdasarkan kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu, kuasa ghaib tidak dapat dihubungi oleh individu sembarangan melainkan dukun, pawang, atau bomoh untuk mengembalikan keadaan seperti asalnya. Tambahan pula, dukun atau bomoh ini juga dapat berhubung dengan semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutamanya yang liar dan berbisa dan akan menundukkan binatang-binatang ini dengan menggunakan jampi-jampi tertentu. Contohnya seperti dalam Sulalatus Salatin halaman 209, 'Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya.'
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan