Jampi menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Individu yang membaca jampi pula dikenali sebagai pawang dan dia merupakan manusia luar biasa, di samping turut disifatkat sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.
Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih sayang, pendinding, dan berhubung dengan psikologi manusia. Bukan sembarangan orang yang boleh menggunakan jampi. Pawang juga tidak akan mendedahkan ayat jampi kepada sesiapa melainkan individu yang menuntut dengannya agar tidak disalahgunakan.
Mana Sikana dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa jampi mempunyai tiga jenis, iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar bisa, dan jampi pendinding. Jampi penolak syaitan digunakan untuk menghalau segala jenis jein, mengubati penyakit gangguan makhluk halus tersebut. Untuk menjampi, seseorang itu perlu memandang tegak ke hadapan. Selepas dibaca sekali, hendaklah dititup ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebagai tiga kali berturut-turut. Contohnya:
Permulaan kata aku menyatakan
Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi
Aku tahu akan asal usul dirimu
Asal jadi di huruf Alif
... dengan berkat La ilaha illallah.
(Kitab Tib: 1292)
Sementara itu, jampi tawar bisa pula digunakan untuk merawat kesakita serius seperti digigit ular berbisa yang boleh membawa maut ataupun lecur akibat kebakaran yang boleh mencacatkan. Terdapat dua cara untuk menggunakan jampi ini, iaitu yang pertama dengan cara menjampi terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, tiup pada tempat yang menerima angin kerana dipercayai angin mampu mengeluarkan bisa yang ditanggungnya. Cara kedua ialah dengan cara pembacaanke dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, dimandi atau disapukan ke kepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah, terutamanya oleh kucing. Oleh itu, air itu disarankan disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya air yang digunakan itu ialah air hujan yang ditadah dan turun betul-betul dari langit.
Jampi yang terakhir ialah jampi pendinding yang dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang sebagi alat pengebal atau mempertahankan diri daripada perbuatan orang. Jampi ini boleh digunakan dengan cara meminum air yang telah dijampi atau jampi tersebut ditulis di atas kertas lalu dipakai sebagai azimat. Pantangnya azimat itu tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan tidak boleh berniat jahat. Contohnya dalam Hikayat Abdullah, 'Pawang ini pandai sungguh, sebab membaca0bacakannya, gajah itu pun takut akan dia.'
Rujukan.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan