Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan nilai sebagai darjat, kualiti, mutu, dan taraf. Nilai membolehkan manusia membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk, yang betul dengan yang salah. Kehidupan masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh terlepas daripada peraturan dan aturan yang perlu dipatuhi berdasarkan kesepakatan masyarakat. Hal ini kerana masyarakat Melayu amat mementingkan nilai dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan masyarakat. Nilai dalam masyarakat Melayu dapat dipupuk melalui dua cara, iaitu formal dan tidak formal.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa nilai dan etika masyarakat berkait rapat dengan perkara yang mempunyai nilai yang tinggi dari aspek kebenaran, kebaikan, dan keindahan yang sangat sinonim dengan agama Islam. Ketinggian dan kesucian nilai dan etika berdasarkan pengaruh agama Islam itu sendiri telah memberi kesan yang sangat besar terhadap akal budi Melayus sehingga hari ini.
Manakala ilmu pula bermaksud pengetahuan mengenai perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dan sebagainya. Oleh itu, ilmu dikatakan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan usaha menyebarkannya dalam bentuk maklumat kepada orang lain. Maklumat yang disebarkan itu mengandungi pelbagai fungsi seperti untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan merungkaikan segala kemusykilan. Ilmu dan maklumat yang dikaji berdasarkan karya agung, antaranya ialah ilmu pendukunan, ilmu firasat, ilmu jampi, ilmu pengasih, strata masyarakat Melayu, serta adat dan istiadat Melayu.
Rujukan.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan