Mohd. Rashid Md. Idris et. al(2014) menyatakan bahawa estetika karya Hamzah Fansuri terletak pada karya-karyanya yang bersifat sufistik. Syair beliau, iaitu Syair Perahu mempunyai unsur mistik dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia. Oleh sebab itulah kebanyak syairnya juga dianggap agung dan unggul.
Aliran Wahdatul Wujud Hamzah Fansuri bersifat panteiti itu pula tergambar dalam karya Syair Si Burung Pingai yang menjelaskan musafir dan perjalanan Hamzah Fansuri mencari Tuhan. Burung Pingai itu melambangkan Tuhan, manakala manusia yang bermusafir mencari burung itu dipanggil sidang budiman.
Melalui syair-syair, Hamzah Fansuri menceritakan kesulitan beliau mencari Tuhan. Pelbagai pengalaman dan kejadian yang beliau alami dan pengalaman-pengalaman ini digarap ke dalam Syair Dagang.
Badanmu di rantau orang
Fikir juga malam dan siang
Supaya jang berhutang
Itulah tanda dagang yang hina
Badan merasai menanggung siksa
Sekali-kali jangan berdusta
Supaya jangan kamu dapat celaka
Sementara itu, Syair Perahu merupakan teks semiotik dan hermeneutik yang tinggi nilai estetik. Dalam syair
ini, manusia dilambangkan sebagai perahu yang dalam pelayaran di laut yang bergelora. Pelayaran yang berbahaya ini hanya akan selamat sekiranya perahu itu mempunyai persediaan yang mencukupi. Begitu jugalah kita dalam hidup ini harus kuat iman dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan.
ini, manusia dilambangkan sebagai perahu yang dalam pelayaran di laut yang bergelora. Pelayaran yang berbahaya ini hanya akan selamat sekiranya perahu itu mempunyai persediaan yang mencukupi. Begitu jugalah kita dalam hidup ini harus kuat iman dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan.
Kepengarangan Hamzah Fansuri menunjukkan bahawa beliau telah pun melalui takah-takah penciptaan teks yang unggul sebagaimana yang banyak disebut di dalam prinsip keperibadian. Syed Muhammad Naquib al-Attas memuji karya-karya Hamzah Fansuri yang banyak membawa reformasi dalam pemikiran, khususnya melalui puisi-puisinya. Diksi, ungkapan, dan stilistik Hamzah Fansuri mengaplikasikan bahasa Melayu yang sistematik dan rasional, lalu melahirkan karya-karya yang berunsur mistikal yang tinggi nilainya.
Walau bagaimanapun, karya-karya Hamzah Fansuri dibakar kerana dianggap menyesatkan. Setelah tiada, ditangisi pula kehilangannya.
Rujukan.
Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan