Etimologi
perkataan retorik berasal daripada perkataan Greek, iaitu rethor yang merujuk
kepada pemidato. Manakala rhetorike pula bermaksud seni berpidato dalam bahasa
Yunani dan rhetorique, rhetorike, serta rhetoric pula masing-masing berasal
daripada bahasa Perancis, Jerman, dan Inggeris yang mendukung maksud yang sama.
Retorik dalam bahasa Melayu Klasik tergolong dalam peribahasa, pantun, syair,
gurindam, dan banyak lagi.
Abu
Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md. Idris dalam Mohd Rashid Md. Idris et. al(2014)
menjelaskan bahawa retorik merupakan satu gaya penulisan secara berkesan yang
betujuan untuk mempengaruhi khalayak, iaitu individu yang berada di
persekitarannya. Masyarakat Melayu cenderung menggunakan pelbagai retorik dalam
penulisan sebagai daya penarik berbanding isi yang ingin disampaikan.
Menurut
Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris dalam Mohd Rashid Md Idris et.
al(2014) dalam ilmu Balaghah Melayu menyatakan bahawa keutamaan diberikan
kepada susunan idea dan penggunaan bahasa yang baik sehingga mampu memberi
impak kepada pendengar dan pembaca. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai
retorik kosong.
Secara
ringkasnya, retorik merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah
dan menarik untuk mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca. Oleh itu,
kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak pada
input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran, dan kemahiran menulis yang
dimilikinya.
Rujukan
Mohd
Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2013).
Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan