Menurut Mohd. Rashid Md. Idris et. al(2014) menyatakan bahawa Bukhari al-Jauhari cenderung kepada gaya penulisan berunsur Islam. Bukhari al-Jauhari banyak merujuk kepada surah dalam al-Quran dan hadis-hadis bagi memperkukuh lagi kekuatan dan interpretasi dalam fasal-fasal tertentu. Selain itu, Bukhari juga banyak mengambil contoh riwayat hidup nabi-nabi seperi Nabi Muhammad S.A.W, di samping kisah-kisah khalifah Arab untuk dijadikan contoh teladan kepada pemimpin supaya berlaku adil dan bertanggungjawab dalam pemerintahannya.
Ada tanggapan yang mengatakan bahawa Tajus Salatin ini merupakan saduran kitab Parsi. Walau bagaimanapun tanggapan ini dikatakan salah kerana kitab rujukan yang dipakai dalam Tajus Salatin berbeza dengan tradisi yang dipakai dalam kitab Al-Taj fi-Akhlak al-Muluk. Namun begitu, mesej yang ingin disampaikan dalam kedua-dua kitab ini adalah sama kerana berbentuk nasihat dan panduan kepada raja-raja.
Pengarang, Bukhari banyak menerapkan unsur-unsur sastera Parsi ke dalam buku ini seperti ghazal, ruba'i, dan nazam. Buku ini sememangnya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Parsi memandangkan Islam sudah mula tersebar ke alam Melayu, maka kesusasteraan Arab juga turut diresapi.
Beberapa unsur teknik kepengarangan Bukhari al-Jauhari, antaranya ialah:
- Mengaplikasikan persuratan Islam
- Kaedah al-Quran al-Islamiyyah
- Stail yang indah, kukuh, dan menawan
- Memakai konsep bab gaya Surah
- Menggunakan petanda dengan memasuki penanda teks
- Susunan atau skema yang baik
Kesimpulannya, Bukhari al-Jauhari cenderung menggunakan gaya penulisan berunsurkan Islam dengan merujuk al-Quran dan hadis bagi mengukuhkan interpretasi fasal-fasal tertentu. Teknik kepengarangannya mengaplikasikan persuratan Islam sehingga mengklasifikasikan Bukhari al-Jauhari sebagai sasterawan Islam. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu Bukhari al-Jauhari juga baik, menarik, lancar, kaya dengan aforisme dan ungkapan indah, serta mengaitkannya dengan asbab al-nuzul ini telah menjadikan Bukhari al-Jauhari mencapai keunggulan dan kanon.
Rujukan.
Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu: BMS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan