Menurut Hashim Awang dalam Mohd Rashid Md Idris et. al(2014), gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran, dan tujuannya.
Gaya bahasa dibahagikan kepada lima, iaitu;
- Gaya bahasa perulangan
- Gaya bahasa penyirnaan
- Gaya bahasa perbandingan
- Gaya bahasa pertautan
- Gaya bahasa pertentangan
Skema Pengguguran
Asidenton- pengguguran kata hubung.
Contohnya dalam Tuhfat al-Nafis halaman 13.
… makan tak kenyang, tidur tidak lena.
Skema Perulangan
Anafora- pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa.
Contohnya dalam Tuhfat al-Nafis halaman 160-161.
Dia ketakutan melihat ramai orang berhampiran perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak besar. Dia hilang dibawa arus ke laut.
Gaya Bahasa Pengulangan
i. Polisindeton
Seorang namanya Hang Jebat dan seorang namanya Hang Kasturi dan seorang namanya Hang Lekir dan seorang namanya Hang Lekiu.
(Hikayat Hang Tuah; 24)
ii. Paralelisme
Maka berbunyilah gendang arak-arakan dan nobat dan nafiri, medali, merangu empat puluh bagai itu pun berbunyilah.
(Hikayat Hang Tuah; 139)
iii. Anafora
Setelah sudah berhimpun maka baginda pun berangkatlah ke Bukit Siguntang. Setelah sampai dilihat baginda bukit itu terlalu baik dan kayu-kayunya pun semuanya berbuah bermasakan.
(Hikayat Hang Tuah; 8)
Skema Ragaman
Khusus-umum
Maka dalam hal itu bapaku pun mendapat sakit payah di Sungai Baru, lalu pergilah segala adik kakak dari Melayu mengambil akan dia…
(Tuhfat al-Nafis; 8)
Umum-khusus
…Tuan Sekretaries Gobermen ke Melayu menyuruhkan bapaku pergi ke Riau dan Lingga, Melayu, Melayu…
(Tuhfat al-Nafis; 9)
Majaz Pertautan
Memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.
Majaz Pertautan(Gaya Bahasa Pertautan)- Hubungan pertautan makna sama ada yang bersifat simbolik, perumpamaan, atau tamsilan.
i. Disfemisme- kata-kata untuk tujuan tertentu.
Keri situ sudah kita berikan kepada Si Jebat derhaka itu. (Hikayat Hang Tuah; 335)
ii. Eufemisme
Silakan Datuk Inangda naik duduk, kerana tuan puteri lagi beradu. (Hikayat Hang Tuah; 214)
Majaz Perbandingan
Penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal pada hal berlainan ataupun sengaja dianggap sama.
i. Simile
Seperti menatang minyak yang penuh. (Tuhfat al-Nafis; 15)
ii. Personafikasi
Maka sepak raga itu pun berguling-guling hendak mati. (Hikayat Hang Tuah; 197)
Majaz Pertentangan
i. Hiperbola
Ular cintamani itu rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu. (Hikayat Hang Tuah; 42)
Hj. Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan