ILMU FIRASAT
Firasat menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu firasat. Kelemahan atau kekuatan seseorang juga dapat diketahui melalui ilmu firasat. Hal ini sangat penting bagi pahlawan-pahlawan untuk menewaskan musuh.
Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah ketika Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri tersebut. Raja memilih hari Ahad malam isnin yang turut dipersetujui oleh Hang Tuah kerana waktu itu dikenal pasti sebagai waktu geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu membawa erti pihak yang lebih kuat dapat ditewaskan oleh pihak yang lebih lemah dan ramalan itu tenyata tepat apabila rombongan baginda beroleh kejayaan di Majapahit.
Tambahan Seri Lanang Jaya Rohani et. al(2013) lagi, kepercayaan dalam ilmu firasat dikaitkan dengan konsep memilih ketika dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya, terdapat hari-hari tertentu dalam seminggu dikatakan sebagai hari yang baik, buruk serta sial. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu bijak memilih hari yang baik untuk memulakan sesuatu perancangan sama ada membina rumah atau merantau bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini.
Rujukan.
Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan