Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa pengasih bermaksud ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna, dan sebagainya untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih. Ilmu pengasih lazimnya digunakan oleh seeorang yang menyukai seseorang yang tidak menyukai dirinya atau mungkin juga orang yang disukainya itu terlalu jual mahal.
Cara popular untuk pengasih ini ialah dengan mencalitkan sesuatu minyak kepada individu berkenaan. Boleh juga dijampi menggunakan gambar dan sebagainya. Contoh penggunaan ayat pengasih dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin halaman 170.
Cara popular untuk pengasih ini ialah dengan mencalitkan sesuatu minyak kepada individu berkenaan. Boleh juga dijampi menggunakan gambar dan sebagainya. Contoh penggunaan ayat pengasih dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin halaman 170.
'Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut(bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri baginda.'
Ilmu
pengasih sebenarnya boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu dengan menyapu
bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan
air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia
tidak boleh melalui di bawah ampaian dan tidak boleh melakukan kemaksiatan
seperti mencuri dan lain-lain.
Selain untuk perkasihan, jampi ini juga
digunakan untuk bertemu dengan seseorang dengan tujuan yang baik, contohnya
untuk temu duga pekerjaan dan meminta pertolongan.
Rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan