Teori Kenuranian Bahasa dipelopori oleh ahli-ahli falsafah Barat dari zaman Plato hingga zaman ahli-ahli falsafah rasional Barat abad ke-17 dan ke-18 seperti Descartes, Kant, dan dikembangkan oleh Chomsky, Kazt, dan Fodor pada abad ke-20.. Teori ini mengenai kelahiran bahasa insan.
Hashim Musa dalam Mohd Rahid Md Idris(2012) menjelaskan bahawa bahasa merupakan fakulti ilmu yang terletak dalam akal dengan pengertian bahasa pada dasarnya merupakan satu fitrah yang tersedia ternurani dalam akal apabila manusia lahir ke dunia. Manakala Mangantar Simanjuntak menambah dengan menyatakan bahawa inti sari hipotesis tersebut adalah kebolehan semula jadi manusia yang ternurani yang memungkinkan manusia dicipta menjadi makhluk yang berbahasa kerana mereka dilengkapi dengan segala sesuatu seperti bahagian otak-otak artikulasi.

Rujukan
Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan