Menurut Mohd Rashid Md Idris(2012), teori Relatif dipelopori oleh Sapir dan Whorf yang pernah dikenali sebagai Hipotesis Sapir-Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf ini menolak pandangan klasik dengan anggapan bahasa dan pemikiran, masing-masing berdiri sendiri. Teori ini menerangkan bahasa sebagai pembentuk kepada pemikiran manusia.
Bahasa menentukan pemikiran yang menyebabkan manusia sentiasa berfikir dengan menggunakan bahasa. Orang memahami buah fikiran kita melalui bahasa yang disampaikan secara lisan atau tulisan. Tanpa bahasa, hasil-hasil pemikiran manusia tidak mungkin dapat disalurkan kepada orang lain dengan lebih sempurna.
Menurut pandangan Sapir-Whorf yang dipetik dari buku Mangantar Simanjuntak(1982) menyatakan bahawa bahasa mempunyai hubungan dengan budaya dalam usaha untuk melihat pemikiran sesebuah masyarakat.
Secara ringkasnya, bahasa diperlukan apabila seseorang itu mahu berkomunikasi atau mengungkapkan segala kejadian fenomena alam sekeliling. Teori Relatif yang dipelopori oleh Sapir-Whorf ini membuktikan bahawa bahasa yang menentukan cara seseorang berfikir dan pemikiran sesebuah masyarakat itu.
Rujukan
Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan