-->

✿ KARYA AGUNG MELAYU ✿


counters

Pages

  • VIDEO
  • LAMAN UTAMA
  • TOKOH
  • KARYA AGUNG
  • KOLEKSI ARTIKEL
  • NILAI ILMU
  • IDEALISME DAN FALSAFAH
  • ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
  • RETORIK DAN GAYA BAHASA
  • TEORI
  • DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU
  • BABAK MENARIK

Isnin, 5 Mei 2014

Blog Karya Agung Melayu ini ditubuhkan kerana ini merupakan salah satu tugasan berkumpulan bagi kursus KARYA AGUNG MELAYU : BSS3022. Walau bagaimanapun, pengisian bahan dan maklumat di dalam blog ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda, sama ada menyelesaikan tugasan yang berkaitan karya agung Melayu, mahupun sekadar untuk memperkaya pengetahuan dan pemahaman berkenaan dengan karya agung Melayu. Sebarang penambahbaikan, cadangan atau, perkongsian bolehlah dikemukakan terus kepada kami : karyaagungkami2014@gmail.com. Akhir kata, diharap kita semua beroleh manfaat bersama-sama.. ^^


Posted by Unknown at 1:06 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 4 Mei 2014

ILMU PENGASIH

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa pengasih bermaksud ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna, dan sebagainya untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih.  Ilmu pengasih lazimnya digunakan oleh seeorang yang menyukai seseorang yang tidak menyukai dirinya atau mungkin juga orang yang disukainya itu terlalu jual mahal. 

Cara popular untuk pengasih ini ialah dengan mencalitkan sesuatu minyak kepada individu berkenaan. Boleh juga dijampi menggunakan gambar dan sebagainya. Contoh penggunaan ayat pengasih dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin halaman 170.

'Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut(bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri baginda.'

Ilmu pengasih sebenarnya boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh melalui di bawah ampaian dan tidak boleh melakukan kemaksiatan seperti mencuri dan lain-lain. 

Selain untuk perkasihan, jampi ini juga digunakan untuk bertemu dengan seseorang dengan tujuan yang baik, contohnya untuk temu duga pekerjaan dan meminta pertolongan.



Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:44 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU JAMPI



Jampi menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Individu yang membaca jampi pula dikenali sebagai pawang dan dia merupakan manusia luar biasa, di samping turut disifatkat sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.

Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih sayang, pendinding, dan berhubung dengan psikologi manusia. Bukan sembarangan orang yang boleh menggunakan jampi. Pawang juga tidak akan mendedahkan ayat jampi kepada sesiapa melainkan individu yang menuntut dengannya agar tidak disalahgunakan. 

pawang


Mana Sikana dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa jampi mempunyai tiga jenis, iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar bisa, dan jampi pendinding. Jampi penolak syaitan digunakan untuk menghalau segala jenis jein, mengubati penyakit gangguan makhluk halus tersebut. Untuk menjampi, seseorang itu perlu memandang tegak ke hadapan. Selepas dibaca sekali, hendaklah dititup ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebagai tiga kali berturut-turut. Contohnya:

Permulaan kata aku menyatakan
Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi
Aku tahu akan asal usul dirimu
Asal jadi di huruf Alif
... dengan berkat La ilaha illallah.

(Kitab Tib: 1292)

Sementara itu, jampi tawar bisa pula digunakan untuk merawat kesakita serius seperti digigit ular berbisa yang boleh membawa maut ataupun lecur akibat kebakaran yang boleh mencacatkan. Terdapat dua cara untuk menggunakan jampi ini, iaitu yang pertama dengan cara menjampi terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, tiup pada tempat yang menerima angin kerana dipercayai angin mampu mengeluarkan bisa yang ditanggungnya. Cara kedua ialah dengan cara pembacaanke dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, dimandi atau disapukan ke kepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah, terutamanya oleh kucing. Oleh itu, air itu disarankan disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya air yang digunakan itu ialah air hujan yang ditadah dan turun betul-betul dari langit.



Jampi yang terakhir ialah jampi pendinding yang dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang sebagi alat pengebal atau mempertahankan diri daripada perbuatan orang. Jampi ini boleh digunakan dengan cara meminum air yang telah dijampi atau jampi tersebut ditulis di atas kertas lalu dipakai sebagai azimat. Pantangnya azimat itu tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan tidak boleh berniat jahat. Contohnya dalam Hikayat Abdullah, 'Pawang ini pandai sungguh, sebab membaca0bacakannya, gajah itu pun takut akan dia.'

Rujukan.



Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:43 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU PENDUKUNAN

Menurut Kamus Dewan(2010), dukun mendukung maksud orang yang mengubati orang sakit atau memberi ubat secara tradisional melalui bacaan jampi serapah dan sebagainya. Manakala pendukunan pula membawa maksud pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu pendukunan.



Berdasarkan kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu, kuasa ghaib tidak dapat dihubungi oleh individu sembarangan melainkan dukun, pawang, atau bomoh untuk mengembalikan keadaan seperti asalnya. Tambahan pula, dukun atau bomoh ini juga dapat berhubung dengan semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutamanya yang liar dan berbisa dan akan menundukkan binatang-binatang ini dengan menggunakan jampi-jampi tertentu. Contohnya seperti dalam Sulalatus Salatin halaman 209, 'Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya.'

Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:42 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU FIRASAT

ILMU FIRASAT 

Firasat menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu firasat. Kelemahan atau kekuatan seseorang juga dapat diketahui melalui ilmu firasat. Hal ini sangat penting bagi pahlawan-pahlawan untuk menewaskan musuh. 

TILIK NASIB


Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah ketika Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri tersebut. Raja memilih hari Ahad malam isnin yang turut dipersetujui oleh Hang Tuah kerana waktu itu dikenal pasti sebagai waktu geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu membawa erti pihak yang lebih kuat dapat ditewaskan oleh pihak yang lebih lemah dan ramalan itu tenyata tepat apabila rombongan baginda beroleh kejayaan di Majapahit.



Tambahan Seri Lanang Jaya Rohani et. al(2013) lagi, kepercayaan dalam ilmu firasat dikaitkan dengan konsep memilih ketika dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya, terdapat hari-hari tertentu dalam seminggu dikatakan sebagai hari yang baik, buruk serta sial. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu bijak memilih hari yang baik untuk memulakan sesuatu perancangan sama ada membina rumah atau merantau bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini. 


Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:41 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

TEORI KENURANIAN BAHASA

Teori Kenuranian Bahasa dipelopori oleh ahli-ahli falsafah Barat dari zaman Plato hingga zaman ahli-ahli falsafah rasional Barat abad ke-17 dan ke-18 seperti Descartes, Kant, dan dikembangkan oleh Chomsky, Kazt, dan Fodor pada abad ke-20.. Teori ini mengenai kelahiran bahasa insan.

Hashim Musa dalam Mohd Rahid Md Idris(2012) menjelaskan bahawa bahasa merupakan fakulti ilmu yang terletak dalam akal dengan pengertian bahasa pada dasarnya merupakan satu fitrah yang tersedia ternurani dalam akal apabila manusia lahir ke dunia. Manakala Mangantar Simanjuntak menambah dengan menyatakan bahawa inti sari hipotesis tersebut adalah kebolehan semula jadi manusia yang ternurani yang memungkinkan manusia dicipta  menjadi makhluk yang berbahasa kerana mereka dilengkapi dengan segala sesuatu seperti bahagian otak-otak artikulasi.

Sehubungan itu, dapatlah dikatakan bahawa bahasa merupakan satu struktur unit yang dimiliki oleh manusia untuk membezakan manusia dengan binatang. Manusia mempunyai bahasa dan dapat berfikir, kecuali dalam bentuk yang amat primitif dan erat hubungannya dengan naluri binatang itu. Manusia dianugerahkan bahasa dan akal oleh Allah semata-mata untuk mengangkat martabat manusia sebgai makhluk ciptaan yang sebaik-baik kejadian.



Rujukan

Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 7:05 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KONSEP RETORIK

Etimologi perkataan retorik berasal daripada perkataan Greek, iaitu rethor yang merujuk kepada pemidato. Manakala rhetorike pula bermaksud seni berpidato dalam bahasa Yunani dan rhetorique, rhetorike, serta rhetoric pula masing-masing berasal daripada bahasa Perancis, Jerman, dan Inggeris yang mendukung maksud yang sama. Retorik dalam bahasa Melayu Klasik tergolong dalam peribahasa, pantun, syair, gurindam, dan banyak lagi.

Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md. Idris dalam Mohd Rashid Md. Idris et. al(2014) menjelaskan bahawa retorik merupakan satu gaya penulisan secara berkesan yang betujuan untuk mempengaruhi khalayak, iaitu individu yang berada di persekitarannya. Masyarakat Melayu cenderung menggunakan pelbagai retorik dalam penulisan sebagai daya penarik berbanding isi yang ingin disampaikan.

Menurut Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris dalam Mohd Rashid Md Idris et. al(2014) dalam ilmu Balaghah Melayu menyatakan bahawa keutamaan diberikan kepada susunan idea dan penggunaan bahasa yang baik sehingga mampu memberi impak kepada pendengar dan pembaca. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai retorik kosong.

Secara ringkasnya, retorik merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca. Oleh itu, kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak pada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran, dan kemahiran menulis yang dimilikinya.

 Rujukan

Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2013). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Posted by Unknown at 7:02 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ASPEK RETORIK DALAM KARYA AGUNG


  1. Pemerian
Penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea yang bertujuan untuk menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. Contohnya;

Tuan Furquhar sudah lama bersahabat dengan Tengku Long, putera Sultan Mahmud. Semasa dia di Melaka, khabar yang kudengar mengatakan Tengku Long sudah mengambil wang daripada Kolonel Farquhar.
(Hikayat Abdullah; 154)

Kawasan itu semak belaka. Hanya di padang itulah tiada berhutan besar, tetapi dipenuhi pokok-pokok ambung-ambung malapari, bulangan, dan tulang-tulang kayu. Di seberang sungai kelihatan pokok-pokok bakau, api-api, buta-buta, jeruju, dan tulang-tulangnya sahaja. Ada sebuah bukit yang tinggi di hujung tanjung Kuala Singapura.
(Hikayat Abdullah, 16)
  1. Penceritaan
Satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan, mahupun lisan yang turut menghubungkan beberapa peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Contohnya;

Tuan Raffles datang ke Melaka. Setelah berbincang dan bersetuju, dimintanya Kolonel Farquhar belayar ke Singapura untuk melaksanakan kerja tersebut. Ketika itu, Tuan Raffles telah diarahkan pergi ke Aceh oleh Tuan Jenderal untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Aceh Pidir dengan Teluk Semawi yang hendak berperang.

(Hikayat Abdullah; 155)

Maka pada ketika Minangkabau mengamuk itu baginda lagi di tikar sembahyangnya, baharu lepas sembahyang subuh tengah membaca wirid. Maka panglima Minangkabau itu pun naiklah, pada sangka juak-juak baginda itu panglima sengaja hendak mengadap baginda, maka tiadalah dihiraukannya. Maka seketika lagi ia pun naik lalu diparangnya hulu baginda. Maka baginda pun terkejut lalu disambar baginda pedang panglima itu, maka dapatlah pada tangan baginda.

(Tuhfat al-Nafis; 68)
  1. Penerangan
Penerangan secara terperinci mengenai sesuatu perkara daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain untuk memberi penjelasan tentang sesuatu dengan lebih tersusun.
Maka kulihat sifat orangnya pendek dan mukanya bundar dan rambutnya putih dan tubuhnya sederhana. Contohnya;

(Hikayat Abdullah; 79)

Maka Raja Muda pun membunuh isterinya lalulah ia keluar mengamuk pula, kerana fikirannya daripada isterinya diambil Minangkabau diperbuatnya gundik, terlebih baik biar hilang sekali. Kemudian Raja Muda pun mengamuklah menyerbukan dirinya kepada pihak sebelah Raja Kechik itu. Lalu berkejar-kejaranlah hambat-berhambat hingga sampai ke Kayu Ana nama tempat itu. Maka Raja Muda pun mangkatlah di situ, sebab sabur menyabur orang beramuk itu.

(Tuhfat al-Nafis; 57)
  1. Pendedahan
Pendedahan mengenai sesuatu perkara atau maklumat dengan lebih jelas dan terperinci. Retorik pendedahan ini merupakan salah satu usaha untuk memindahkan maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan lebih berkesan. Contohnya;

Mana-mana yang berkenan diambilnya dan mana-mana yang tiada diberikannya kepada segala juak-juaknya. Maka cabullah negeri Melayu itu dengan hal yang demikian itu. Maka menyuruhlah Sultan Mahmud itu akan seorang hambanya menikam Raja Zainal itu digemarkan oleh orang-orang negeri itu mengatakan Raja Zainal mati ditikam oleh pencuri konon adanya.

(Tuhfat al-Nafis; 7)

Akan tetapi, semenjak aku telah mendapat pelajaran dan akal sedikit demi sedikit serta membaca kitab-kitab, tambahan pula telah bercampur-campur dengan orang berakal, orang putih, maka bahawasanya kuketahuilah sekalian itu bohong, lagipun penipu besar, adanya.

(Hikayat Abdullah; 114)
  1. Penghujahan
Turut dikenali sebagai retorik pemujukan rasional atau intelek yang sering digunakan dalam perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum, dan penulisan yang bersifat akademik dengan menggunakan bukti dan alasan yang kukuh bagi meyakinkan khalayak. Contohnya;

Maka lalu dikeluarinya oleh orang Siak (itu), serta orang Siantan, mana-mana (yang) sebelah dia. Maka lalulah (beramuk-amukan mula-mulanya), berbedil-bedilan dengan meriam (dan) lela. Kemudian berapat (bercencangkan kelewang dan pedang dan) bertikamkan (lembing, tombak. Kemudian berapat bertikamkan) keris (pendek, ada yang bertikam bercengkeng penggang sama seorang). Maka sangat ramainya (perang itu), kerana sama(sama) tiada Melayu undur (anak-anak Melayu dengan anak Siak)”,
(Tuhfat al-Nafis; 279)
  1. Pemujukan
Retorik yang menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. Contohnya;

Maka berkatalah Pangeran Dipati itu kepada Gusti Jameril, “Adapun cucuku ini aku hendak(ambil) buat menantu. Cucuku pilihlah anakku yang dua orang itu mana-mana suka cucuku.” Maka jawab Gusti Jameril, “adapun (yang) seperti kehendak nenda belumlah patik boleh menentukan bermohonlah patik mengadap paduka anak anda Pangeran Emas Seri Nagara dahulu.
(Tuhfat al-Nafis; 232)

Syahadan setelah Tun Dalam, iaitu Raja Kecik mendengar titah duli baginda itu, maka ia terdiam sejurus. Kemudian baharu ia berdatang sembah seraya berkata, “yang patik ini mana-mana sahaja titah perintah. Tiada patik berniat salah kepada duli tuanku, akan tetapi bilakan Raja Muda percayakan patik, melainkan patik pohonkan Raja Haji bersama-sama”. Lalu baginda memanggil Raja Haji.

(Tuhfat al-Nafis; 137)


Rujukan

Mohd Rashid Md Idris, Abd Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (20130. Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Posted by Unknown at 7:01 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

HAMZAH FANSURI DENGAN SYAIR SUFI

Mohd. Rashid Md. Idris et. al(2014) menyatakan bahawa estetika karya Hamzah Fansuri terletak pada karya-karyanya yang bersifat sufistik. Syair beliau, iaitu Syair Perahu mempunyai unsur mistik dan melambangkan perhubungan Tuhan dengan manusia. Oleh sebab itulah kebanyak syairnya juga dianggap agung dan unggul. 

Aliran Wahdatul Wujud Hamzah Fansuri bersifat panteiti itu pula tergambar dalam karya Syair Si Burung Pingai yang menjelaskan musafir dan perjalanan Hamzah Fansuri mencari Tuhan.  Burung Pingai itu melambangkan Tuhan, manakala manusia yang bermusafir mencari burung itu dipanggil sidang budiman. 

Melalui syair-syair, Hamzah Fansuri menceritakan kesulitan beliau mencari Tuhan. Pelbagai pengalaman dan kejadian yang beliau alami dan pengalaman-pengalaman ini digarap ke dalam Syair Dagang. 

Badanmu di rantau orang
Fikir juga malam dan siang
Supaya jang berhutang
Itulah tanda dagang yang hina
Badan merasai menanggung siksa
Sekali-kali jangan berdusta
Supaya jangan kamu dapat celaka

Sementara itu, Syair Perahu merupakan teks semiotik dan hermeneutik yang tinggi nilai estetik. Dalam syair
ini, manusia dilambangkan sebagai perahu yang dalam pelayaran di laut yang bergelora. Pelayaran yang berbahaya ini hanya akan selamat sekiranya perahu itu mempunyai persediaan yang mencukupi. Begitu jugalah kita dalam hidup ini harus kuat iman dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan. 

Kepengarangan Hamzah Fansuri menunjukkan bahawa beliau telah pun melalui takah-takah penciptaan teks yang unggul sebagaimana yang banyak disebut di dalam prinsip keperibadian. Syed Muhammad Naquib al-Attas memuji karya-karya Hamzah Fansuri yang banyak membawa reformasi dalam pemikiran, khususnya melalui puisi-puisinya. Diksi, ungkapan, dan stilistik Hamzah Fansuri mengaplikasikan bahasa Melayu yang sistematik dan rasional, lalu melahirkan karya-karya yang berunsur mistikal yang tinggi nilainya. 

Walau bagaimanapun, karya-karya Hamzah Fansuri dibakar kerana dianggap menyesatkan. Setelah tiada, ditangisi pula kehilangannya.

Rujukan.

Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 5:45 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

GAYA BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Hashim Awang dalam Mohd Rashid Md Idris et. al(2014), gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran, dan tujuannya.

Gaya bahasa dibahagikan kepada lima, iaitu;
  1. Gaya bahasa perulangan
  2. Gaya bahasa penyirnaan
  3. Gaya bahasa perbandingan
  4. Gaya bahasa pertautan
  5. Gaya bahasa pertentangan
Skema Pengguguran

Asidenton- pengguguran kata hubung.
Contohnya dalam Tuhfat al-Nafis halaman 13.
… makan tak kenyang, tidur tidak lena.

Skema Perulangan

Anafora- pengulangan perkataan yang sama pada permulaan klausa.
Contohnya dalam Tuhfat al-Nafis halaman 160-161.
Dia ketakutan melihat ramai orang berhampiran perahunya, lalu terjun ke laut ketika ombak besar. Dia hilang dibawa arus ke laut.

Gaya Bahasa Pengulangan
                    i.            Polisindeton
Seorang namanya Hang Jebat  dan seorang namanya Hang Kasturi dan seorang namanya Hang Lekir dan seorang namanya Hang Lekiu.
(Hikayat Hang Tuah; 24)
                  ii.            Paralelisme
Maka berbunyilah gendang arak-arakan dan nobat dan nafiri, medali, merangu empat puluh bagai itu pun berbunyilah.
(Hikayat Hang Tuah; 139)
                iii.            Anafora
Setelah sudah berhimpun maka baginda pun berangkatlah ke Bukit Siguntang. Setelah sampai dilihat baginda bukit itu terlalu baik dan kayu-kayunya pun semuanya berbuah bermasakan.
(Hikayat Hang Tuah; 8)

Skema Ragaman

Khusus-umum
Maka dalam hal itu bapaku pun mendapat sakit payah di Sungai Baru, lalu pergilah segala adik kakak dari Melayu mengambil akan dia…
(Tuhfat al-Nafis; 8)
Umum-khusus
…Tuan Sekretaries Gobermen ke Melayu menyuruhkan bapaku pergi ke Riau dan Lingga, Melayu, Melayu…
(Tuhfat al-Nafis; 9)

Majaz Pertautan

Memindahkan perkataan hakiki kepada bukan hakiki dan dapat difahami dengan adanya hubungan dan petunjuk.

Majaz Pertautan(Gaya Bahasa Pertautan)- Hubungan pertautan makna sama ada yang bersifat simbolik, perumpamaan, atau tamsilan.

                    i.            Disfemisme- kata-kata untuk tujuan tertentu.
Keri situ sudah kita berikan kepada Si Jebat derhaka itu. (Hikayat Hang Tuah; 335)
                  ii.            Eufemisme
Silakan Datuk Inangda naik duduk, kerana tuan puteri lagi beradu. (Hikayat Hang Tuah; 214)

Majaz Perbandingan

Penggunaan unsur-unsur bahasa yang bersifat membandingkan dua hal pada hal berlainan ataupun sengaja dianggap sama.

                    i.            Simile
Seperti menatang minyak yang penuh. (Tuhfat al-Nafis; 15)
                  ii.            Personafikasi
Maka sepak raga itu pun berguling-guling hendak mati. (Hikayat Hang Tuah; 197)

Majaz Pertentangan
                    i.            Hiperbola
Ular cintamani itu rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu. (Hikayat Hang Tuah; 42)


Hj. Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 4:58 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

TEORI FALSAFAH BAHASA

Teori Falsafah Bahasa dicipta oleh Mohd Rashid Md Idris melalui hasil gandingan mantap antara Teori Relatif dengan Teori Kenuranian Bahasa. Berdasarkan Rajah Teori Falsafah Bahasa, terdapat tiga bahagian iaitu bulatan, anak panah(dua hala), dan garisan putus-putus).



Bulatan merupakan bentuk yang memerlukan manusia berbahasa secara sempurna dari segi nahu, makna, dan tujuannya. Oleh itu, ujaran mestilah dalam konteks yang difahami, disenangi oleh pendengar, dan bertujuan baik selaras dengan tuntutan syarak. Bentuk ini juga menggambarkan bahawa bahasa mencerminkan keseluruhan kehidupan dan agama masyarakat Melayu, iaitu Islam yang perlu diamalkan secara holistik.

Anak panah(dua hala) pula menggambarkan wujudnya hubungan langsung, iaitu secara tersurat antara penutur dengan pendengar, iaitu hubungan sesama manusia. Kegiatan menghantar maklumat dan maklum balas dilakukan supaya kegiatan berbahasa itu aktif dan dapat memenuhi keperluan bersama.

Sementara itu, garisan putus-putus pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan langsung, iaitu secra tersirat antara manusia dengan Pencipta. Banyak perkara yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya agar manusia dapat mengecap kenikmatan dunia, anugerah akal untuk berfikir, dan anugerah bahasa.

Teori Relatif menyatakan bahawa bahasalah yang mempengaruhi pemikiran dan cara hidup seseorang individu dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks pemikiran Islam, hidup mati seserang itu adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah sepenuhnya. Oleh sebab itulah, Teori Kenuranian Bahasa juga diperlukan untuk melengkapi dapatan tersebut.

Dari situlah lahirnya Teori Falsafah Bahasa yang cuba mengetengahkan situasi yang lebih jelas tentang perlunya seseorang itu menggunakan alat-alat artikulasi dengan cara yang betul. Kesempurnaan berbahasa dapat dilaksanakan dengan mengambil kira tiga prinsip asas, iaitu;
  1. Berbahasa mengikut nahunya
  2. Berbahasa untuk menyampaikan maklumat atau fakta yang betul dan benar
  3. Berbahasa untuk tujuan ibadah dan mentaudihkan Allah
 Rujukan

Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Posted by Unknown at 4:54 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

TEORI RELATIF

Menurut Mohd Rashid Md Idris(2012), teori Relatif dipelopori oleh Sapir dan Whorf yang pernah dikenali sebagai Hipotesis Sapir-Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf ini menolak pandangan klasik dengan anggapan bahasa dan pemikiran, masing-masing berdiri sendiri. Teori ini menerangkan bahasa sebagai pembentuk kepada pemikiran manusia.

Bahasa menentukan pemikiran yang menyebabkan manusia sentiasa berfikir dengan menggunakan bahasa. Orang memahami buah fikiran kita melalui bahasa yang disampaikan secara lisan atau tulisan. Tanpa bahasa, hasil-hasil pemikiran manusia tidak mungkin dapat disalurkan kepada orang lain dengan lebih sempurna.
Menurut pandangan Sapir-Whorf yang dipetik dari buku Mangantar Simanjuntak(1982) menyatakan bahawa bahasa mempunyai hubungan dengan budaya dalam usaha untuk melihat pemikiran sesebuah masyarakat.

Secara ringkasnya, bahasa diperlukan apabila seseorang itu mahu berkomunikasi atau mengungkapkan segala kejadian fenomena alam sekeliling. Teori Relatif yang dipelopori oleh Sapir-Whorf ini membuktikan bahawa bahasa yang menentukan cara seseorang berfikir dan pemikiran sesebuah masyarakat itu.


Rujukan

Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Posted by Unknown at 4:50 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

BUKHARI AL-JAUHARI DENGAN TAJUS SALATIN

Menurut Mohd. Rashid Md. Idris et. al(2014) menyatakan bahawa Bukhari al-Jauhari cenderung kepada gaya penulisan berunsur Islam. Bukhari al-Jauhari banyak merujuk kepada surah dalam al-Quran dan hadis-hadis bagi memperkukuh lagi kekuatan dan interpretasi dalam fasal-fasal tertentu. Selain itu, Bukhari juga banyak mengambil contoh riwayat hidup nabi-nabi seperi Nabi Muhammad S.A.W, di samping kisah-kisah khalifah Arab untuk dijadikan contoh teladan kepada pemimpin supaya berlaku adil dan bertanggungjawab dalam pemerintahannya.

Ada tanggapan yang mengatakan bahawa Tajus Salatin ini merupakan saduran kitab Parsi. Walau bagaimanapun tanggapan ini dikatakan salah kerana kitab rujukan yang dipakai dalam Tajus Salatin berbeza dengan tradisi yang dipakai dalam kitab Al-Taj fi-Akhlak al-Muluk. Namun begitu, mesej yang ingin disampaikan dalam kedua-dua kitab ini adalah sama kerana berbentuk nasihat dan panduan kepada raja-raja.



Pengarang, Bukhari banyak menerapkan unsur-unsur sastera Parsi ke dalam buku ini seperti ghazal, ruba'i, dan nazam. Buku ini sememangnya banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Parsi memandangkan Islam sudah mula tersebar ke alam Melayu, maka kesusasteraan Arab juga turut diresapi. 

Beberapa unsur teknik kepengarangan Bukhari al-Jauhari, antaranya ialah:
  1. Mengaplikasikan persuratan Islam 
  2. Kaedah al-Quran al-Islamiyyah
  3. Stail yang indah, kukuh, dan menawan
  4. Memakai konsep bab gaya Surah
  5. Menggunakan petanda dengan memasuki penanda teks
  6. Susunan atau skema yang baik
Kesimpulannya, Bukhari al-Jauhari cenderung menggunakan gaya penulisan berunsurkan Islam dengan merujuk al-Quran dan hadis bagi mengukuhkan interpretasi fasal-fasal tertentu. Teknik kepengarangannya mengaplikasikan persuratan Islam sehingga mengklasifikasikan Bukhari al-Jauhari sebagai sasterawan Islam. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu Bukhari al-Jauhari juga baik, menarik, lancar, kaya dengan aforisme dan ungkapan indah, serta mengaitkannya dengan asbab al-nuzul ini telah menjadikan Bukhari al-Jauhari mencapai keunggulan dan kanon.

Rujukan.

Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2014). Karya agung Melayu: BMS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 3:10 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ESTETIK DALAM KARYA AGUNG

MAKNA DALAMAN

Konsep Keindahan dari aspek Makna Dalaman

Konsep keindahan amat sinonim dengan karya klasik kerana merupakan antara unsur terpenting yang harus digagaskan oleh pengarang bagi menarik hati pembaca untuk menelaah karya yang dihasilkan. Bahkan dalam hadis Rasulullah S.A.W juga ada menyebut “ sesungguhnya Allah adalah indah dan Ia mengasihi keindahan” (Dr. Farid M. Onn, 1980: 1). Petikan hadis tersebut telah mencerminkan bahawa kepentingan unsur keindahan dalam kehidupan manusia. Oleh hal yang demikian, para pengkarya klasik tidak ketinggalan untuk menerapkan unsur tersebut dalam karya mereka. 
Antara keindahan yang digarap oleh pengarang klasik ke dalam karya adalah keindahan dalaman. Keindahan dalaman merujuk kepada faedah atau manfaat yang ditampilkan oleh seseorang tokoh pengarang dalam karyanya. Dalam tradisi Melayu, ‘faedah’ dipandang sebagai makna didaktik, pengajaran daripada ciptaan yang bersifat keagamaan atau sekular (V.I Braginsky, 1994: 47). 
Sejajar dengan penafsiran terhadap definisi keindahan, karya klasik atau karya agung pula merupakan karya klasik yang telah meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan  dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Bagi aspek karya klasik melayu pula adalah karya yang ditulis atau diungkapkan atau dilisankan( pepatah, pantun, lipur lara dan laian-lain) dalam bahasa Melayu, tidak mengambil kira kelompok bangsa/etnik dalam kawasan Dunia Melayu ini, sama ada orang Semenanjung tanah melayu, atau orang Melayu brunei, atau orang aceh, orang bugis, orang minangkabau dan lain-lain yang menghasilkan karya itu.




Makna Dalaman Karya Melayu Klasik:
Makna dalaman bermaksud makna yang disampaikan secara tersirat oleh pengarang untuk para pembaca yang membaca karyanya. Aspek ini merangkumi pelbagai cabang kerana bergantung kepada tujuan seseorang pengarang itu memancarkan ideanya dalam sesuatu karya klasik tersebut. Makna ini boleh meliputi aspek pemikiran pengarang, nilai yang dibawa oleh pengarang, serta cerminan kepada pegangan hidup dalam sesuatu masyarakat yang dipaparkan.

 Pemikiran Pengarang
Pemikiran pengarang merupakan penampilan makna dalaman dalam  sesuatu karya klasik juga dapat dilihat daripada sikap pengarang yang menampilkan  pengembaraan watak yang baik dan mengandungi unsur-unsur pengajaran yang tinggi dalam sesebuah karya klasik. Fungsi cerita-cerita tersebut pula bukanlah pula sekadar menggambarkan selok-belok nasib wataknya, tetapi menampilkan atau mewujudkan idea melalui imej-imej plastis, memenuhi segenap ‘ruang fikiran’ dengan idea tersebut yang disampaikan melalui imej. Dengan hal itu pula, idea sedemikian membentuk dan mendidik akal pembaca dan pendengar (V. I. Brinsky, 1994: 59)

Misalnya dalam Hikayat Hang Tuah yang mengangkat tokoh pahlawan Melayu yang unggul, iaitu Hang Tuah sebagai watak utama. Menurut pengarang Hikayat Hang Tuah, perpaduan antara raja dan hamba-hamba setianya yang tidak berpecah-pecah menjamin kejayaan Melaka dalam bidang politik dan mendatangkan kemakmuran kepadanya (V. I. Brinsky, 1994: 59). Dalam aspek ini, pengarang ingin menegaskan kepada pembaca dasar kepada kestabilan politik sesebuah kerajaan tidak hanya terletak kepada kebijaksanaan seseorang pemerintah itu memerintah tetapi juga membabitkan kesediaan rakyat untuk bersama-sama dengan golongan pemerintah untuk mengekalkan kestabilan tersebut. Oleh hal yang demikian, pembaca haruslah mengambil teladan daripada kisah yang dicerna oleh pengarang untuk panduan pada masa yang akan datang.


 Nilai
Jika ditelusuri dengan lebih terperinci lagi, karya agung juga mempunyai nilai yang tinggi untuk dijadikan pegangan oleh pembaca. Unsur nilai ini dapat diperhatikan dalam setiap karya yang dihasilkan oleh pengkarya pada waktu itu. Menurut Nik Hassan Basri nik ab. Kadir (2007), nilai ialah segala perbuatan, perlakuan atau tindakan yang bermutu, berdarjat, bertaraf atau elok yang harus dijadikan contoh dan teladan. Nilai yang dipaparkan dalam karya klasik adalah makna dalaman yang ingin ditampilkan oleh pengarang.

Nilai yang tidak lupa untuk dipaparkan oleh tokoh pengarang adalah nilai budaya Melayu. Seperti sedia maklum, Melayu dan budaya adalah dua entiti yang digabungkan menjadi satu. Menjadi sebati dan terus meresap ke dalam nurani masyarakatnya. Nilai-nilai budaya tidak sekadar memaparkan peristiwa sebagai bahan sejarah, soal masyarakat dan kemanusiaan tetapi juga nilai budaya yang dapat menyingkap perihal batin, mata hati, budi dan akal (Siti Zainon Ismail, 1996: 225). Oleh yang demikian, pengarang mengambil nilai ini untuk diterjemahkan dalam karya mereka.

Spiritual
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, spiritual bermaksud hal yang berkaitan dengan atau bersifat rohani atau jiwa (bukan sifat fizikal), rohaniah. Rohani adalah jiwa manusia yang tersirat dan sukar untuk ditafsirkan dengan mata kasar. Spiritual manusia berpusat pada kalbu, dan di dalam kalbu manusia sudah ada potensi-potensi spiritual yang merupakan format dasar kemanusiaan. Hakikat diri manusia adalah diri yang rohaniah/ spiritual yang telah tercipta sebelum adanya tubuh biologis (basyar) ( Ibrahim Abdullah,http://mukmin.com.my/baca.php?kategori=10&id=1747). Berdasarkan maksud yang dinyatakan spiritual lebih kepada lahiriah manusia yang sepatutnya didominasikan oleh akal dan iman.
Dalam karya agung Melayu, elemen spiritual jelas terpampang apabila ditelusuri dengan lebih mendalam lagi. Misalnya, dari aspek kehancuran nilai persahabatan  yang dipancarkan dalam Hikayat Hang Tuah melalui watak Hang Jebat. Seperti yang sedia maklum Hang Tuah mempunyai empat lagi saudara, iaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Dalam fenomena yang ingin diperjelaskan adalah konflik yang dipancarkan oleh pengarang dalam watak Hang Jebat dan Hang Tuah. Hang Jebat dikatakan telah menderhaka kepada raja dan beliau dikatakan ingin menuntut bela di atas kematian sahabatnya Hang Tuah. Namun demikian, Hang Tuah yang dikatakan telah menemui ajal dalam hukuman yang telah dijatuhkan oleh raja ke atasnya, sebenarnya telah disorokkan oleh bendahara Melaka demi keselamatan Kesultanan Melaka telah datang ke istana di saat Hang Jebat mengamuk di istana.
Hal dapat dijelaskan dalam petikan di bawah:
Maka Laksamana pun berseru pula, katanya, ‘ Hai Si Jebat derhaka! Sungguh kau berani tidak melawan! Marilah engkau turun dari istana ini bertikam sama seorang. Maka suara itu pun terdengar kepada Hang Jebat, dikenalnya suara Laksamana, maka dibuaknya peranginan itu, maka dilihatnya Laksamana terdiri di tengah halaman itu. Maka Hang Tuah pun berdebar-debar hatinya.
(Sumber: Hikayat Hang Tuah, 338)   
Dalam petikan di atas, Hang Tuah telah datang ke istana untuk beradu kekuatan dengan Hang Jebat yang sebenarnya menuntut bela di atas kematiannya. Hang tuah sanggup mengenepikan rasa kemanusiaan yang erat, iaitu persahabatan hanya kerana ketaatan kepada pemerintah. Walaupun Hang Jebat merupakan sahabatnya semenjak kecil namun Hang Tuah begitu tega melupakannya untuk kedaulatan negeri.


MAKNA LUARAN

Makna luar merupakan makna selapis yang dapat dilihat pada permukaan teks. Melalui makna luaran, pembaca dapat memahami dengan jelas tentang perkara yang ingin disampaikan oleh pengarang. Terdapat beberapa aspek yang dapat tergolong dalam makna luaran seperti gaya bahasa, penggunaan pelbagai bahasa dalam sesebuah karya, pantun dan sebagainya. Aspek-aspek ini memberikan nilai keindahan dalam sesebuah karya sastera seperti Hikayat Hang Tuah.
 GAYA BAHASA
Gaya bahasa terdiri daripada dua perkataan iaitu perkataan ‘gaya’ dan ‘bahasa’.  Secara umumnya, gaya boleh didefinisikan sebagai cara dan ragam.  Sebagai contoh, jika dilihat pada manusia, gaya yang dimaksudkan ialah cara berpakaian, tingkah laku, cara berinteraksi dan pelbagai lagi.  Bahasa pula merupakan satu sistem yang mewakili benda, tindakan, idea dan perasaan.  Gaya bahasa pula membawa maksud cara atau ragam sesuatu bahasa itu diguna pakai terutamanya dalam penulisan karangan.  Hal ini demikian kerana, melalui penulisan, pembaca tidak boleh mengetahui cara atau tindakan penulis ketika menulis sesuatu perkara.
            Penggunaan bahasa terlalu luas terutamanya dalam bidang komunikasi. Komunikasi boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.  Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang berlaku secara terus dan disampaikan melalui perbualan, manakala komunikasi bukan lisan boleh berlaku dalam penulisan.  Gaya dalam komunikasi bukan lisan ialah gaya penulisan yang digunakan oleh seseorang penulis.  Setiap penulis memiliki gaya penulisan yang berbeza walaupun perkara atau topik perbincangan yang ditulis adalah sama. 
            Gaya bahasa dalam kesusasteraan pula merupakan gaya bahasa yang memiliki kesenian dan mengandungi nilai estetik yang merupakan nilai yang mampu membangkitkan perasaan serta mengharukan pembaca sesebuah karya sastera.  Selain itu, gaya bahasa sastera ini juga berperanan untuk menyampaikan maklumat serta merangsang daya pemikiran pembaca.  Penggunaan nilai estetika dalam penulisan ini menjadikan penulisan tersebut memiliki gaya yang tersendiri.  Sebenarnya, dalam kesusasteraan terdapat banyak jenis gaya bahasa.  Antaranya ialah gaya bahasa kiasan, sindiran, hiperbola dan peribahasa.  Melalui karya agung Hikayat Hang Tuah, didapati bahawa terdapat penggunaan keempat-empat gaya bahasa ini.
· Kiasan
Sebenarnya, peribahasa, perumpamaan, bidalan dan ungkapan merupakan cabang kepada bahasa kiasan.  Bahasa kiasan ini berfungsi menyindir seseorang secara halus dan bersopan.  Bahasa ini juga terbentuk daripada analogi dan perbandingan yang berlaku antara satu perkara dengan perkara yang lain. Bahasa kiasan ini sebenarnya telah wujud sejak zaman dahulu lagi.  Buktinya, nenek moyang kita telah mula menggunakan peribahasa, perumpamaan, pepatah malah pantun untuk menyindir terutamanya untuk menyindir golongan pemerintah sekiranya terdapat perkara yang tidak kena dengan pemerintahan tersebut. Penggunaan kiasan ini menunjukkan adanya rasa hormat dalam kalangan masyarakat terutamanya perasaan hormat golongan rakyat jelata terhadap golongan pemerintah. 
Dalam Hikayat Hang Tuah juga terdapat penggunaan unsur gaya bahasa berbentuk kiasan ini. Penggunaan bahasa kiasan dalam hikayat ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menyindir, di samping memberikan nasihat kepada individu yang disindir.  Antara bahasa sindiran yang digunakan oleh penulis dalam hikayat adalah seperti di bawah, iaitu:
Ular cintamani yang ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa telah digambarkan sebagai :
……..rupanya dan besarnya seperti pisang emas dan warnanya seperti emas sepuluh mutu.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 43)

Berdasarkan petikan daripada hikayat di atas, didapati bahawa penulis telah menggunakan bahasa kiasan dengan membandingkan saiz pisang emas dan warna emas untuk menerangkan saiz serta warna ular cintamani yang telah ditangkap oleh Hang Tuah di Pulau Biram Dewa.  Seperti yang kita sedia tahu, pisang emas bersaiz dan berdiameter besar, manakala emas sepuluh mutu merupakan emas yang diterangkan sebagai emas yang sangat bermutu tinggi. Oleh hal yang demikian, didapati bahawa penulis ingin menerangkan warna ular cintamani tersebut sangat bersinar seperti emas yang bermutu tinggi.
Selain ayat di atas, dapat dikenal pasti bahawa penulis telah menggunakan bahasa kiasan ini pada halaman yang lain.  Selain daripada menggunakan bahasa kiasan untuk menyindir, bahasa kiasan ini juga boleh digunakan untuk menggambarkan sesuatu keadaan, benda, perkara atau seseorang.  Berdasarkan ayat di bawa, didapati bahawa penulis berupaya menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kecantikan fizikal seseorang wanita.   Ayat yang dimaksudkan adalah seperti di bawah, iaitu:
Kecantikan dan kejelitaan Tun Teja di bandingkan dengan,
……. bulan purnama empat belas haribulan, gilang gemilang, berkilau-kilauan.

(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 111)

Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kecantikan Tun Teja.  Bahasa kiasan yang digunakan dalam petikan di atas adalah untuk menunjukkan perbandingan unsur alam sekitar dengan rupa paras seseorang.  Didapati bahawa penulis menerangkan kecantikan dan kejelitaan Tun Teja adalah seperti bulan purnama empat belas hari bulan.  Bulan purnama empat belas hari bulan ialah bulan mengambang yang terang dan kelihatan sangat cantik.  Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa kecantikan Tun Teja juga seperti bulan yang gilang gemilang dan berkilau-kilauan.  Perkataan gilang gemilang dan berkilau-kilauan memang menggambarkan bahawa rupa paras yang sangat cantik dan berseri-seri.

 Sindiran
Sindiran merupakan salah satu bentuk bahasa yang termasuk dalam bahasa kiasan.  Bahasa sindiran terdiri daripada tiga jenis iaitu sindiran halus, sindiran tajam dan sindiran kasar. Bahasa sindiran ini merupakan bahasa yang digunakan adalah bertentangan maksudnya dengan perkara yang diujarkan. Selain disebut sebagai sindiran halus, bahasa ini juga dinamakan sebagai ironi dan bukan digunakan untuk mengguris hati, memalukan orang lain, tetapi juga bukan bertujuan untuk tidak mengguris atau memalukan pihak lain. 
Dalam karya agung Hikayat Hang Tuah, penulis banyak menggunakan bahasa sindiran untuk menyindir pihak yang tidak jujur serta pihak yang mendatangkan masalah dalam sesuatu perkara. Penggunaan bahasa sindiran dalam Hikayat Hang Tauh dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
Maka sahut Tun Tuah, “Pada bicara manira, janganlah seperti pelenter itu tiadakan manira tikam, jikalau penggawa Majapahit itu sekalipun manira tikam juga.”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 153)
Berdasarkan petikan dalam Hikayat Hang Tuah di atas, didapati bahawa Hang Tuah menunjukkan keberanian beliau terhadap Patih Gajah Mada.  Beliau menyatakan bahawa beliau bukan sahaja boleh membunuh pencuri, malah beliau mampu membunuh penghulu bernama Majapahit. 

 Peribahasa
Peribahasa merupakan salah satu jenis percakapan yang mengandungi kepandaian akal fikiran yang telah disusun serta indah dan sedap didengar. Sebenarnya, peribahasa ini telah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka mencipta peribahasa berdasarkan kepada keadaan sekeliling dan pemerhatian mereka terhadap perkara yang berlaku di sekeliling mereka.  Peribahasa ini juga sebenarnya merupakan salah satu bentuk bahasa kiasan yang digunakan dalam kehidupan bermasyarakat. Peribahasa ini mengandungi makna tersirat atau lebih dikenali sebagai makna dua lapis iaitu perkara yang diujarkan adalah tidak sama dengan maksud yang ingin disampaikan.
Dalam karya Hikayat Hang Tuah,  penulis turut menggunakan peribahasa yang jarang digunakan mahu pun didengar oleh masyarakat masa ini.  Peribahasa yang digunakan adalah seperti di bawah, iaitu:
Maka sahut Jebat, “Inilah pekerjaan yang sempurna. Sepala-pala jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu: ‘Rosak bawang ditimpa jambaknya,.” Maka Laksamana berkata pula, “Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini.”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 356)
Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan peribahasa ‘sepala-pala jahat jangan kepalang’ iaitu perkataan yang digelapkan.  Peribahasa ini telah jarang didengar masa ini.  Maksud peribahasa yang digunakan di atas ialah jika sudah terlanjur melakukan kejahatan, jangan berhenti separuh jalan. Perkara ini membawa maksud Jebat telah menuduh Laksamana Hang Tuah melakukan kejahatan dan menyatakan bahawa kejahatan yang dilakukan itu hendaklah diteruskan sehingga akhirnya.  Jelas dilihat peribahasa yang digunakan di atas bertujuan untuk menyindir sikap Laksamana tersebut.
Peribahasa lain yang terdapat dalam petikan di atas ialah ‘rosak bawang ditimpa jambaknya’.  Peribahasa tersebut membawa maksud seseorang yang mendapat kesusahan akibat daripada perbuatan rakannya sendiri.  Berdasarkan situasi yang berlaku antara Jebat dan Laksamana Hang Tuah dalam petikan di atas, Tuah menyatakan bahawa perbuatan jahat yang berlaku bukan disebabkan oleh dirinya sendiri, malah ia merupakan satu tuduhan yang dilemparkan terhadapnya kerana sikap atau perkara buruk yang telah dilakukan oleh rakannya sendiri iaitu Jebat.

· STRUKTUR AYAT
Karya agung merupakan karya klasik yang telah wujud sejak dahulu lagi.  Oleh hal yang demikian, penuls banyak menggunakan format penulisan klasik.  Terdapat pelbagai format penulisan karya klasik.  Antaranya ialah penggunaan ayat songsang dan penggunaan ayat yang panjang dan berulang-ulang. 

·Ayat songsang
Seperti yang kita sedia maklum, susunan ayat biasa ialah didahului dengan subjek dan seterusnya predikat, tetapi, penulisan ayat songsang ialah predikat didahulukan dan diikuti oleh subjek.  Dalam karya klasik sememangnya mengandungi banyak penggunaan ayat songsang.  Perkara ini berlaku disebabkan oleh berlakunya pengaruh bahasa Arab yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik.  Dalam karya agung Hikayat Hang Tuah juga ada menggunakan ayat songsang.  Hal ini demikian kerana karya agung yang merupakan karya klasik. Penggunaan ayat songsang dalam Hikayat Hang Tuah dapat dikenal pasti melalui petikan di bawah, iaitu:
Hatta, berapa lamanya belayar itu, maka nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 13)

Setelah sudah bermuat maka nakhoda itu pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 13)
Berdasarkan petikan pertama, didapati bahawa subjek bagi ayat tersebut ialah ‘nakhoda itu’, manakala predikat bagi ayat tersebut ialah ‘pun hampirlah akan sampai ke Palembang’ dan ‘ Hatta, berapa lamanya belayar itu’.  Oleh hal yang demikian, ayat tersebut sepatutnya ditulis ‘Nakhoda itu pun hampirlah akan sampai ke Palembang setelah berapa lamanya belayar’.  Merujuk kepada ayat kedua pula, subjeknya ialah ‘nakhoda itu’ dan predikat bagi ayat tersebut ialah ‘pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang’ dan ‘Setelah sudah bermuat maka’.  Oleh hal yang demikian, ayat yang sepatutnya mengikut rumus subjek + predikat ialah ‘Nakhoda itu pun turunlah ke perahunya lalu belayar menuju Palembang setelah sudah bermuat’.

Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit
Ayat panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit merupakan salah satu ciri bahasa Melayu klasik.  Penggunaan ayat yang meleret-leret juga dapat dilihat dalam karya klasik.  Penggunaan ayat yang panjang dalam Hikayat Hang Tuah dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
Apabila tuan puteri dan segala isi istana itu mendengar bunyi-bunyian dan melihat segala perintah dewa-dewa turun terlalu banyak datang dengan pakaiannya terlalu indah-indah - rata terbang itu pun dengan perhiasan keemasan – datang mendapatkan Sang Perta Dewa itu bertatahkan ratna mutu manikam, maka Tuan Puteri Pelinggam pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anak raja besar turun dari keinderaan.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 6)
Berdasarkan pernyataan di atas, didapati bahawa penulis menggunakan ayat yang terlalu panjang untuk menerangkan sesuatu perkara.  Petikan di atas menggunakan 58 perkataan hanya dalam satu ayat.  Bilangan perkataan yang terlalu maksimum dalam satu ayat dapat membuktikan bahawa ayat tersebut ditulis dengan panjang.  Penggunaan ayat yang berulang-ulang dalam karya klasik juga dapat dilihat melalui Hikayat Hang Tuah pada halaman sebelas dan petikan tersebut adalah seperti di bawah, iaitu:
Hatta, berapa lamanya, tuan puteri pun hamillah.  Maka Sang Sapurba terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu. Setelah genaplah bulannya, maka tuan puteri pun berputerakanlah seorang lelaki; terlalu elok rupa dan sikapnya. Maka Sang Sapurba pun terlalu sukacita hatinya kerana melihat anakanda baginda itu.  Maka dinamai baginda Sang Manika. Maka dipeliharakan dengan sepertinya.  Syahadan maka baginda pun mengias akan anakandanya dengan inang pengasuh dan pupuk rabun sekalian akan Sang Manika.  Hatta, beberapa lama antaranya, maka tuan puteri pun hamillah.  Setelah genap bulannya, maka tuan puteri berputera pula seorang laki-laki elok rupanya.  Maka dinamai oleh baginda, Sang Jaya Nantaka.  Maka dipeliharakan ayahanda baginda dengan inang pengasuhnya, ditahunya akan anakanda baginda itu jadi raja besar tetapi merasai hal dahulu, makan pagi dan petang pun tiada diperoleh.  Hatta, berapa lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula.  Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya. Maka dipeliharanya akan baginda seperti anak yang dahulu itu. Maka dinamai oleh baginda, Sang Saniaka.  Hatta beberapa bulan lamanya, maka tuan puteri pun hamillah pula.  Setelah genap bulannya, maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki-laki terlalu elok rupanya dan parasnya.  Maka baginda pun terlalu kasihnya akan anakanda baginda itu, dipeliharakan dengan sepertinya.  Maka dinamai oleh baginda, Sang Satiaka.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:11)
Berdasarkan petikan di atas, didapati bahawa penulis banyak menggunakan frasa ‘maka tuan puteri pun hamillah’ dalam satu perenggan yang sama.  Penggunaan frasa yang sama iaitu sebanyak empat kali dalam satu perenggan membuktikan bahawa karya klasik sememangnya banyak menggunakan pengulangan ayat.

 BAHASA
Penggunaan bahasa yang pelbagai sangat berleluasa dalam bidang penulisan terutamanya penulisan karya klasik.  Hal ini demikian kerana pada zaman dahulu, masyarakat mempelajari pelbagai bidang bahasa dan kemahiran tersebut diaplikasikan dalam penulisan.  Penggunaan bahasa yang pelbagai ini adalah pengaruh daripada masyarakat Arab, Jawa dan Parsi yang datang ke alam Melayu dengan tujuan perdagangan dan menuntut ilmu.  Selain daripada itu, terdapat juga penggunaan bahasa istana terutamanya dalam aspek gelaran. 

 Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang digunakan oleh golongan kasta tinggi dalam kalangan masyarakat beragama Hindu.  Oleh hal yang demikian, masyarakat berkasta rendah tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan bahasa ini.  Pada masa ini, bahasa Sanskrit tidak lagi digunakan dan banyak perkataan daripada bahasa Sanskrit ini telah diserap ke dalam bahasa moden. Dalam Hikayat Hang Tuah juga ada menggunakan perkataan Sanskrit.  Buktinya dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
… maka baginda pun memandang kepada Laksamana seraya bertitah, “Hai Laksamana, apa bicara Laksamana kita hendak suruh ke Benua Rom itu?”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 491)
Berdasarkan petikan di atas, didapati penulis menggunakan perkataan Sanskrit iaitu perkataan ‘Laksamana’ yang mana perkataannya digelapkan dalam petikan di atas.  Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘Laksamana’ membawa maksud tanda atau markah utama.  Berdasarkan hikayat ini, penulis ingin menegaskan bahawa Hang Tuah yang digelar Laksamana Hang Tuah kerana sifat kepewiraan dan keberanian beliau.  Selain itu, terdapat beberapa lagi petikan yang mana menunjukkan wujudnya penggunaan perkataan Sanskrit dalam Hikayat Hang Tuah.  Petikan di bawah menunjukkan wujudnya penggunaan perkataan Sanskrit, iaitu:
Maka kata syahbandar, “Apatah salahnya yang anakku mengakukan hamba bapa? Adapun yang anakku ini anaklah kepadaku.” Maka kata syahbandar, “Apa nama rajadutanya dan upadutanya?”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 507)

Tatkala ini Kisna Rayan pun sudah keluar diadap oleh segala raja-raja dan ceteria dan perdana menteri, sida-sida, bentara dan hulubalang sekalian.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 392)

Adapun bicara manira, mana segala penggawa dan penjurit yang bercakap hendak menikam Ratu Melaka itu, pada ketika inilah baik dititahkan pergi ke Tuban juga; masakan ia sampai ke Majapahit ini.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 299)
Berdasarkan ketiga-tiga petikan di atas, didapati pengarang Hikayat Hang Tuah menggunakan perkataan Sanskrit.  Dalam petikan pertama, didapati bahawa penulis menggunakan perkataan rajaduta dan upaduta.  Perkataan rajaduta tersebut membawa maksud ketua dalam sesebuah perwakilan atau lebih dikenali sebagai duta besar, manakala upaduta membawa maksud penolong kepada rajaduta atau duta besar tersebut.  Petikan kedua pula memperlihatkan penulis menggunakan perkataan Sanskrit ceteria yang membawa maksud kesatriaan atau hulubalang.  Hulubalang ini merupakan salah satu jawatan dalam sesbuah kerajaan lama.  Seterusnya, penulis turut menggunakan perkataan Sanskrit penggawa dalam petikan ketiga di atas yang membawa maksud ketua atau penghulu kampung.
· Bahasa Arab
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh penulis zaman dahulu dalam penulisannya.  Hal ini demikian kerana pengaruh bahasa Arab ini berleluasa di alam Melayu akibat daripada masyarakat Arab yang berhijrah serta menuntut ilmu di alam Melayu sehinggakan bahasanya boleh mempengaruhi penulisan karya-karya Melayu.  Hikayat Hang Tuah yang merupakan salah satu karya Melayu tidak terlepas daripada mendapat pengaruh daripada bahasa Arab.  Terdapat pelbagai perkataan Arab yang digunakan dalam karya tersebut. Contoh perkataan Arab yang digunakan adalah seperti dalam petikan di bawah, iaitu:
Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la. Ini hikayat Hang Tuah yang amat setiawan pada tuannya dan terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 3)

Setelah baginda menengar Tun Tuah demikian itu maka baginda dengan sepah.  Maka disambut oleh Tun Tuah sepah raja itu lalu dijunjungnya serta dimakannya seraya berkata, “Daulat tuanku, insya-Allah Taala, disampaikan Allah Taala juga tuanku ke Majapahit itu dan selamat kembali juga ke Melaka.”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 132)

Maka dalam hati Tun Tuah. “Ya rabbi, ya saiyidi, ya maulana, ya Tuhanku, Engkau juga yang terlebih tahu dan amat berkuasa dan Engkau juga yang mengetahui dalam hati hambamu bahawa perempuan ini ibuku…
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah:221)

“Sesungguhnya tuan anak kepadaku.  Bermula pisau itu sebuah negeri dengan isinya tiada kutukarkan. Adapun yang kasih anakku itu Allah Taala juga membalas dia, tetapi insya-Allah Taala, barang di mana tempat anakku itu dipeliharakan Allah Subhanahu wa Taala juga; bala dijauhkan Allah Taala pada kadam.”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 347)
Berdasarkan keempat-empat petikan di atas, didapati bahawa terdapat penggunaan kata atau frasa Arab iaitu kata atau frasa yang digelapkan.  Dalam petikan pertama, penulis menggunakan frasa Arab iaitu Bismi'llahi'rrahmani'rrahim; wabihi nasta'inu bi'llahi'l-a'la, manakala dalam petikan kedua, penulis menggunakan perkataan Arab insya-Allah Taala.  Dalam petikan ketiga, penulis menggunakan perkataan Arab Ya rabbi, ya saiyidi, ya maulana dan dalam petikan terakhir, penulis telah menggunakan frasa Arab Allah Subhanahu wa Taala.
· Bahasa Jawa
Bahasa Jawa merupakan salah satu bahasa yang mempengaruhi penulisan karya klasik.  Dalam penulisan Hikayat Hang Tuah turut memuatkan perkataan Jawa terutamanya dalam kisah Hang Tuah ke Jawa.  Penggunaan perkataan Jawa dalam Hikayat Hang Tuah dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
Maka kata Barit Ketika, “Nyaris manira mati bersembunyi di bawah kedai.” Maka Petala Bumi pun berkata, seraya tertawa, “Masakan engkau seorang merasai? Aku pun nyarisnya mati; baik sempat aku menjadikan diriku tunggul.
                                                                             (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 310)
Maka Patih Gajah Mada pun mengarang surat dan bingkis dan segala permainan dua belas ragamnya akan permainan cucunda itu dan perempuan yang baik-baik rupanya yang tahu memalu bunyi-bunyian empat puluh dan anak priyai empat puluh dan keris berulu emas bersarungkan permata empat puluh bilah dan budak-budak yang bongkok empat puluh dan tombak pengawitan yang bertatahkan ratna murni manikam dan bersampak emas empat puluh bilah.
                                                                            (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 266)
Maka Laksamana pun rebah tidur.  Maka setelah dilihat oleh Laksamana penjurit itu tidur terlalu nyedarnya, maka Laksamana pun bangun lalu dihunusnya penduanya itu lalu ditendasnya kepala Sang Marga Paksi itu ketujuhnya
                                                                                 (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 320)

Maka Rangga pun segera mengunus kerisnya, seraya berkata, “Hai Laksamana, den eling, pakanira, kerana orang mengamuk itu banyak.”
                                                                               (Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 271)

Berdasarkan petikan yang pertama di atas, didapati bahawa penulis telah menggunakan perkataan Jawa iaitu ‘manira’ yang membawa maksud saya. Dalam petikan yang kedua di atas pula, penulis menggunakan perkataan ‘priyai’ iaitu perkataan Jawa yang merupakan gelaran bagi golongan yang berpangkat tinggi.  Petikan ketiga pula memperlihatkan penggunaan perkataan Jawa ‘penjurit’ yang membawa maksud pejuang atau askar upahan serta dalam petikan keempat pula penulis menggunakan perkataan ‘den eling’ yang bermaksud supaya ingat atau beringat. 

· Bahasa Parsi
Dalam Hikayat Hang Tuah turut melibatkan penggunaan bahasa Parsi. Penggunaan perkataan dalam bahasa Parsi ini dapat dilihat melalui petikan di bawah, iaitu:
Setelah sudah diajarnya, Laksamana pun menuangkan arak lalu diberikannya pada Marga Paksi itu. Adapun arak itu dibihaus. Maka kata Marga Paksi, “Arak ini kalau-kalau engkau bubuh racun, minumlah engkau dahulu kulihat.”
(Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah: 320)
Berdasarkan petikan di atas, didapati terdapatnya perkataan ‘dibihaus’ iaitu perkataan Parsi yang membawa maksud dibius. 
· PANTUN
Pantun ialah ragam puisi yang hidup dalam kalangan rakyat dan bersifat kemelayuan. Khasnya pantun mempunyai sajak dan irama, pilihan suku kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam masyarakat Melayu sudah lama sebelum orang-orang Melayu tahu menulis dan membaca. Orang Melayu mencipta pantun untuk melahirkan pelbagai bentuk perasaan dan merupakan satu seni yang indah. Mereka menggunakan pantun untuk berkasih-kasihan, memberi nasihat, suka-suka, berjenaka, menyindir dan untuk menyatakan rasa sedih.
Menurut Mohd Rashid Md Idris (2011: 67), pantun ialah karya puisi Melayu lama yang bukan sekadar sarat dengan makna tetapi juga padat dengan nilai keindahannya. Nilai keindahannya dapat dilihat jika kita sensetif dan peka dengan struktur binaan dan gaya bahasa sesebuah rangkap pantun. Menurutnya lagi, struktur binaannya tidaklah dibina dengan sewenang-wenangnya tetapi memerlukan perhatian dan kepekaan daripada semua aspek termasuklah pemilihan leksikal, sukatan suku kata, dan jumlah barisnya yang terhad. Semua perkara itu disusun dengan rapi dan teliti dalam satu bentuk pemikiran yang mantap dan dijelmakan dalam ungkapan yang indah melalui rangkap-rangkap pantun.
Dalam hikayat Hang Tuah, banyak pantun yang dimasukkan oleh pengarang teks ini. Terdapat satu adegan Hang Tuah berbalas pantun bersama-sama dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berbalas pantun sambil bersuka ria di taman larangan Betara Majapahit. Hang Jebat dan Hang Kasturi memulakan pantun tersebut:
Hang Jebat Hang Kasturi,
Budak-budak raja Melaka,
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.

Laksamana pun membalas pantun:
Lokan melata di perahu,
Belah baling bertandan,
Bukan aku tiada tahu,
Akulah hulubalang minta lawan.

Hang Lekir membalas pantun, demikian bunyinya:
Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara,
Adakah bisa tahu takut,
Kami pun muda lagi perkasa.

Hang Lekiu berpantun yang berbunyi:
Ambil galah kaitkan jantung,
Banyak makan di jalan,
Pada Allah tempat bergantung,
Datang tombak kita melawan.
(Hikayat Hang Tuah: 182-183)


Sumber: http://www.yayasankaryawan.com/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=1


Posted by Unknown at 3:07 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

集まれミツバチさんブログパーツ

CATATAN TERKINI



ブログに梅雨がやってくるブログパーツ

Back to Top

MAKLUMAT TRAFIK TERKINI

WAKTU SOLAT

Dapatkan widget waktu solat ini

ALIH BAHASA

Blog Archive

  • ▼  2014 (34)
    • ▼  Mei (26)
      • Blog Karya Agung Melayu ini ditubuhkan kerana ini...
      • ILMU PENGASIH
      • ILMU JAMPI
      • ILMU PENDUKUNAN
      • ILMU FIRASAT
      • TEORI KENURANIAN BAHASA
      • KONSEP RETORIK
      • ASPEK RETORIK DALAM KARYA AGUNG
      • HAMZAH FANSURI DENGAN SYAIR SUFI
      • GAYA BAHASA MELAYU KLASIK
      • TEORI FALSAFAH BAHASA
      • TEORI RELATIF
      • BUKHARI AL-JAUHARI DENGAN TAJUS SALATIN
      • ESTETIK DALAM KARYA AGUNG
      • KONSEP IDEALISME DAN FALSAFAH MELAYU
      • TUN SERI LANANG DAN SEJARAH MELAYU
      • KONSEP ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
      • CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU
      • ANALISIS KARYA AGUNG : HIKAYAT HANG TUAH
      • RAJA ALI HAJI
      • TUN SERI LANANG
      • ABDULLAH MUNSYI
      • KONSEP NILAI ILMU DALAM KARYA AGUNG MELAYU
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : TAJUS-SALATIN
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : HIKAYAT HANG TUAH
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : SULALATUS SALATIN
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (1)

PENGUNJUNG BLOG

AmazingCounters.com

Get tutorial here

PENSYARAH.

PENSYARAH.
Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris

DIARI HATI EMPAT GADIS

DIARI HATI EMPAT GADIS
"Sahabat pada hari ini mungkin akan menjadi seteru pada hari esok. Doakanlah agar kita berpisah tiada.."

NUR ATHIRAH BT ALIAS

NUR ATHIRAH BT ALIAS
D20111047481

NOOR SUHANA AZMI

NOOR SUHANA AZMI
D20111047542

SITI NORAIN ABDUL HAMID

SITI NORAIN ABDUL HAMID
D20111047605

AMALINA ZAWANI BT AHMAD SHABRI

AMALINA ZAWANI BT AHMAD SHABRI
D20111047592

PAUTAN KARYA AGUNG

  • Karya-karya Agung
  • Karya Agung Melayu
  • Karyaagung
  • Yayasan Karyawan
  • Karya Agung Melayu
  • PEWARIS BANGSA