-->

✿ KARYA AGUNG MELAYU ✿


counters

Pages

  • VIDEO
  • LAMAN UTAMA
  • TOKOH
  • KARYA AGUNG
  • KOLEKSI ARTIKEL
  • NILAI ILMU
  • IDEALISME DAN FALSAFAH
  • ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
  • RETORIK DAN GAYA BAHASA
  • TEORI
  • DEFINISI DAN ETIMOLOGI MELAYU
  • BABAK MENARIK

Isnin, 5 Mei 2014

Blog Karya Agung Melayu ini ditubuhkan kerana ini merupakan salah satu tugasan berkumpulan bagi kursus KARYA AGUNG MELAYU : BSS3022. Walau bagaimanapun, pengisian bahan dan maklumat di dalam blog ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda, sama ada menyelesaikan tugasan yang berkaitan karya agung Melayu, mahupun sekadar untuk memperkaya pengetahuan dan pemahaman berkenaan dengan karya agung Melayu. Sebarang penambahbaikan, cadangan atau, perkongsian bolehlah dikemukakan terus kepada kami : karyaagungkami2014@gmail.com. Akhir kata, diharap kita semua beroleh manfaat bersama-sama.. ^^


Posted by Unknown at 1:06 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ahad, 4 Mei 2014

ILMU PENGASIH

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa pengasih bermaksud ilmu pengasih, jampi, azimat, doa, guna-guna, dan sebagainya untuk mendatangkan atau membangkitkan rasa kasih.  Ilmu pengasih lazimnya digunakan oleh seeorang yang menyukai seseorang yang tidak menyukai dirinya atau mungkin juga orang yang disukainya itu terlalu jual mahal. 

Cara popular untuk pengasih ini ialah dengan mencalitkan sesuatu minyak kepada individu berkenaan. Boleh juga dijampi menggunakan gambar dan sebagainya. Contoh penggunaan ayat pengasih dapat dilihat dalam Sulalatus Salatin halaman 170.

'Hang Nadim menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Tun Teja. Ubat guna-guna tersebut dalam bentuk lulut(bedak) itu ternyata berkesan. Setelah ia disapu kepada badan Tun Teja oleh si pelulut beliau dengan serta-merta menyukai Sultan Mahmud dan sanggup menjadi isteri baginda.'

Ilmu pengasih sebenarnya boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu dengan menyapu bedak yang telah dijampi dengan ayat tersebut ke muka atau dengan cara mandi dengan air yang telah dijampi. Sekiranya seseorang itu menggunakan jampi ini, dia tidak boleh melalui di bawah ampaian dan tidak boleh melakukan kemaksiatan seperti mencuri dan lain-lain. 

Selain untuk perkasihan, jampi ini juga digunakan untuk bertemu dengan seseorang dengan tujuan yang baik, contohnya untuk temu duga pekerjaan dan meminta pertolongan.



Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:44 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU JAMPI



Jampi menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud kata-kata tertentu yang diucapkan untuk mendatangkan kesaktian. Jampi juga dikenali sebagai mantera. Individu yang membaca jampi pula dikenali sebagai pawang dan dia merupakan manusia luar biasa, di samping turut disifatkat sebagai manusia perantaraan makhluk dengan Khaliq atau supernatural.

Jampi mempunyai unsur-unsur pemujaan, perubatan, kasih sayang, pendinding, dan berhubung dengan psikologi manusia. Bukan sembarangan orang yang boleh menggunakan jampi. Pawang juga tidak akan mendedahkan ayat jampi kepada sesiapa melainkan individu yang menuntut dengannya agar tidak disalahgunakan. 

pawang


Mana Sikana dalam Seri Lanang Jaya Hj. Rohani et. al(2013) menyatakan bahawa jampi mempunyai tiga jenis, iaitu jampi menolak syaitan, jampi tawar bisa, dan jampi pendinding. Jampi penolak syaitan digunakan untuk menghalau segala jenis jein, mengubati penyakit gangguan makhluk halus tersebut. Untuk menjampi, seseorang itu perlu memandang tegak ke hadapan. Selepas dibaca sekali, hendaklah dititup ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Jampi ini perlu dibaca sebagai tiga kali berturut-turut. Contohnya:

Permulaan kata aku menyatakan
Hakikat jin seribu empat puluh dua lagi
Aku tahu akan asal usul dirimu
Asal jadi di huruf Alif
... dengan berkat La ilaha illallah.

(Kitab Tib: 1292)

Sementara itu, jampi tawar bisa pula digunakan untuk merawat kesakita serius seperti digigit ular berbisa yang boleh membawa maut ataupun lecur akibat kebakaran yang boleh mencacatkan. Terdapat dua cara untuk menggunakan jampi ini, iaitu yang pertama dengan cara menjampi terus pada tempat yang sakit. Selepas pembacaan, tiup pada tempat yang menerima angin kerana dipercayai angin mampu mengeluarkan bisa yang ditanggungnya. Cara kedua ialah dengan cara pembacaanke dalam air. Selepas dijampi, air tersebut perlulah diminum, dimandi atau disapukan ke kepala. Air tersebut tidak boleh dilangkah, terutamanya oleh kucing. Oleh itu, air itu disarankan disimpan di tempat yang tinggi dan tidak boleh diletakkan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya air yang digunakan itu ialah air hujan yang ditadah dan turun betul-betul dari langit.



Jampi yang terakhir ialah jampi pendinding yang dipelajari dan dipakai oleh kebanyakan orang sebagi alat pengebal atau mempertahankan diri daripada perbuatan orang. Jampi ini boleh digunakan dengan cara meminum air yang telah dijampi atau jampi tersebut ditulis di atas kertas lalu dipakai sebagai azimat. Pantangnya azimat itu tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan tidak boleh berniat jahat. Contohnya dalam Hikayat Abdullah, 'Pawang ini pandai sungguh, sebab membaca0bacakannya, gajah itu pun takut akan dia.'

Rujukan.



Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:43 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU PENDUKUNAN

Menurut Kamus Dewan(2010), dukun mendukung maksud orang yang mengubati orang sakit atau memberi ubat secara tradisional melalui bacaan jampi serapah dan sebagainya. Manakala pendukunan pula membawa maksud pengubatan cara kampung atau tradisional yang berkaitan dengan ilmu pendukunan.



Berdasarkan kepercayaan animisme dalam kalangan masyarakat Melayu terdahulu, kuasa ghaib tidak dapat dihubungi oleh individu sembarangan melainkan dukun, pawang, atau bomoh untuk mengembalikan keadaan seperti asalnya. Tambahan pula, dukun atau bomoh ini juga dapat berhubung dengan semua kuasa ghaib yang ada pada binatang terutamanya yang liar dan berbisa dan akan menundukkan binatang-binatang ini dengan menggunakan jampi-jampi tertentu. Contohnya seperti dalam Sulalatus Salatin halaman 209, 'Sekalian orang pun melihat tahunya Seri Wak Raja; gajah penakut jadi beraninya.'

Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:42 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ILMU FIRASAT

ILMU FIRASAT 

Firasat menurut Kamus Dewan(2010) bermaksud pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan, dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang. Tilikan atau ramalan ahli nujum juga antara contoh ilmu firasat. Kelemahan atau kekuatan seseorang juga dapat diketahui melalui ilmu firasat. Hal ini sangat penting bagi pahlawan-pahlawan untuk menewaskan musuh. 

TILIK NASIB


Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah ketika Raja Melaka hendak berangkat ke Majapahit untuk berkahwin dengan puteri tersebut. Raja memilih hari Ahad malam isnin yang turut dipersetujui oleh Hang Tuah kerana waktu itu dikenal pasti sebagai waktu geroda dikalahkan oleh seekor ular. Kiasan itu membawa erti pihak yang lebih kuat dapat ditewaskan oleh pihak yang lebih lemah dan ramalan itu tenyata tepat apabila rombongan baginda beroleh kejayaan di Majapahit.



Tambahan Seri Lanang Jaya Rohani et. al(2013) lagi, kepercayaan dalam ilmu firasat dikaitkan dengan konsep memilih ketika dalam kalangan masyarakat Melayu. Contohnya, terdapat hari-hari tertentu dalam seminggu dikatakan sebagai hari yang baik, buruk serta sial. Oleh itu, masyarakat Melayu perlu bijak memilih hari yang baik untuk memulakan sesuatu perancangan sama ada membina rumah atau merantau bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini. 


Rujukan.

Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, Abd Rahman Napiah, Hj. Mohd. Rashid Md. Idris, dan Hj. Naffi Mat, (2013). Penghayatan karya agung Melayu. Tanjong Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 9:41 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

TEORI KENURANIAN BAHASA

Teori Kenuranian Bahasa dipelopori oleh ahli-ahli falsafah Barat dari zaman Plato hingga zaman ahli-ahli falsafah rasional Barat abad ke-17 dan ke-18 seperti Descartes, Kant, dan dikembangkan oleh Chomsky, Kazt, dan Fodor pada abad ke-20.. Teori ini mengenai kelahiran bahasa insan.

Hashim Musa dalam Mohd Rahid Md Idris(2012) menjelaskan bahawa bahasa merupakan fakulti ilmu yang terletak dalam akal dengan pengertian bahasa pada dasarnya merupakan satu fitrah yang tersedia ternurani dalam akal apabila manusia lahir ke dunia. Manakala Mangantar Simanjuntak menambah dengan menyatakan bahawa inti sari hipotesis tersebut adalah kebolehan semula jadi manusia yang ternurani yang memungkinkan manusia dicipta  menjadi makhluk yang berbahasa kerana mereka dilengkapi dengan segala sesuatu seperti bahagian otak-otak artikulasi.

Sehubungan itu, dapatlah dikatakan bahawa bahasa merupakan satu struktur unit yang dimiliki oleh manusia untuk membezakan manusia dengan binatang. Manusia mempunyai bahasa dan dapat berfikir, kecuali dalam bentuk yang amat primitif dan erat hubungannya dengan naluri binatang itu. Manusia dianugerahkan bahasa dan akal oleh Allah semata-mata untuk mengangkat martabat manusia sebgai makhluk ciptaan yang sebaik-baik kejadian.



Rujukan

Mohd Rashid Md Idris, (2012). Teori falsafah bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Posted by Unknown at 7:05 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KONSEP RETORIK

Etimologi perkataan retorik berasal daripada perkataan Greek, iaitu rethor yang merujuk kepada pemidato. Manakala rhetorike pula bermaksud seni berpidato dalam bahasa Yunani dan rhetorique, rhetorike, serta rhetoric pula masing-masing berasal daripada bahasa Perancis, Jerman, dan Inggeris yang mendukung maksud yang sama. Retorik dalam bahasa Melayu Klasik tergolong dalam peribahasa, pantun, syair, gurindam, dan banyak lagi.

Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md. Idris dalam Mohd Rashid Md. Idris et. al(2014) menjelaskan bahawa retorik merupakan satu gaya penulisan secara berkesan yang betujuan untuk mempengaruhi khalayak, iaitu individu yang berada di persekitarannya. Masyarakat Melayu cenderung menggunakan pelbagai retorik dalam penulisan sebagai daya penarik berbanding isi yang ingin disampaikan.

Menurut Abu Hassan Abdul dan Mohd Rashid Md Idris dalam Mohd Rashid Md Idris et. al(2014) dalam ilmu Balaghah Melayu menyatakan bahawa keutamaan diberikan kepada susunan idea dan penggunaan bahasa yang baik sehingga mampu memberi impak kepada pendengar dan pembaca. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai retorik kosong.

Secara ringkasnya, retorik merupakan seni penggunaan atau pemakaian bahasa yang indah dan menarik untuk mempengaruhi pemikiran pendengar dan pembaca. Oleh itu, kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisannya terletak pada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran, dan kemahiran menulis yang dimilikinya.

 Rujukan

Mohd Rashid Md. Idris, Abd. Rahman Napiah, dan Seri Lanang Jaya Hj. Rohani, (2013). Karya agung Melayu BSS3022. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.



Posted by Unknown at 7:02 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

集まれミツバチさんブログパーツ

CATATAN TERKINI



ブログに梅雨がやってくるブログパーツ

Back to Top

MAKLUMAT TRAFIK TERKINI

WAKTU SOLAT

Dapatkan widget waktu solat ini

ALIH BAHASA

Blog Archive

  • ▼  2014 (34)
    • ▼  Mei (26)
      • Blog Karya Agung Melayu ini ditubuhkan kerana ini...
      • ILMU PENGASIH
      • ILMU JAMPI
      • ILMU PENDUKUNAN
      • ILMU FIRASAT
      • TEORI KENURANIAN BAHASA
      • KONSEP RETORIK
      • ASPEK RETORIK DALAM KARYA AGUNG
      • HAMZAH FANSURI DENGAN SYAIR SUFI
      • GAYA BAHASA MELAYU KLASIK
      • TEORI FALSAFAH BAHASA
      • TEORI RELATIF
      • BUKHARI AL-JAUHARI DENGAN TAJUS SALATIN
      • ESTETIK DALAM KARYA AGUNG
      • KONSEP IDEALISME DAN FALSAFAH MELAYU
      • TUN SERI LANANG DAN SEJARAH MELAYU
      • KONSEP ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
      • CIRI-CIRI KARYA AGUNG MELAYU
      • ANALISIS KARYA AGUNG : HIKAYAT HANG TUAH
      • RAJA ALI HAJI
      • TUN SERI LANANG
      • ABDULLAH MUNSYI
      • KONSEP NILAI ILMU DALAM KARYA AGUNG MELAYU
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : TAJUS-SALATIN
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : HIKAYAT HANG TUAH
      • PEMIKIRAN KARYA AGUNG : SULALATUS SALATIN
    • ►  April (7)
    • ►  Mac (1)

PENGUNJUNG BLOG

AmazingCounters.com

Get tutorial here

PENSYARAH.

PENSYARAH.
Dr. Hj. Mohd Rashid bin Hj. Md Idris

DIARI HATI EMPAT GADIS

DIARI HATI EMPAT GADIS
"Sahabat pada hari ini mungkin akan menjadi seteru pada hari esok. Doakanlah agar kita berpisah tiada.."

NUR ATHIRAH BT ALIAS

NUR ATHIRAH BT ALIAS
D20111047481

NOOR SUHANA AZMI

NOOR SUHANA AZMI
D20111047542

SITI NORAIN ABDUL HAMID

SITI NORAIN ABDUL HAMID
D20111047605

AMALINA ZAWANI BT AHMAD SHABRI

AMALINA ZAWANI BT AHMAD SHABRI
D20111047592

PAUTAN KARYA AGUNG

  • Karya-karya Agung
  • Karya Agung Melayu
  • Karyaagung
  • Yayasan Karyawan
  • Karya Agung Melayu
  • PEWARIS BANGSA