Menurut Kamus Dewan (2007: 402) etimologi dapat
didefinisikan sebagai cabang ilmu linguistik yang mengkaji asal usul
perkembangan sesuatu kata. Terdapat beberapa pendapat mengenai asal perkataan
Melayu. Antaranya ialah perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya,
iaitu kependekan hima alaya. Kata Alaya bermaksud tempat manakala hima alaya bermaksud tempat bersalji. Selain itu, perkataan Melayu juga berasal daripada perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu.

Asal perkataan Melayu juga dikatakan diambil
daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi
ke mana-mana. Perkataan ini juga dikatakan berasal daripada nama sebatang
sungai, iaitu Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. Manakala
Van der Tuuk, mendefinisikan perkataan Melayu bererti menyeberang, iaitu
merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama
Hindu-Buddha kepada Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan