Hikayat
Abdullah menceritakan riwayat hidup, keturunan, perihal zaman kanak-kanak,
zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga Abdullah bin Abdul
Kadir atau juga dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Namun begitu, semua itu hanya
terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja
daripada penceritaan Hikayat Abdullah.
Sesetengah
tokoh sastera atau sejarah berpendapat bahawa Hikayat Abdullah boleh
diklasifikasikan sebagai sebuah penulisan autobiografi. Sebahagian besar yang
dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah berkaitan peristiwa harian beliau,
terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan pengalaman Abdullah sendiri
dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris yang bekerja di dalam
kerajaan atau di luar kerajaan.
Selain itu, penceritaan ini juga berhubungan
tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Oleh sebab itulah, terdapat tokoh
sastera yang berpendapat bahawa kurang tepat jika menyifatkan buku atau hikayat
ini sebagai autobiografi. Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah menyatakan
pemikiran dan falsafah beliau secara terang-terangan mengenai beberapa hal yang
dibincangkan. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap orang
Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah,
dan berkenaan sistem pemerintahan Inggeris yang berteraskan
undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta teratur. Hikayat ini juga cuba
memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi semasa beliau tinggal di
Melaka.
Rujukan: http://karyaagungmelayu13.blogspot.com/2013/05/5-contoh-karya-agung.html
Hikayat
ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah
perkasa kerana dia pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya
membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja
Talela Syah. Ayahanda Inderaputera
bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi.
Setelah Inderaputera dilahirkan, Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana
untuk menilik masa depan anakandanya.
Menurut
tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang
bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk.
Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang
mualim bernama Bersapian. Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima
kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang
kayu yang mahir lagi hebat. Si tukang
kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup dan ikan itu boleh ketawa,
berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air.
Tukang
emas pula membuat gambar merak daripada emas.
Raja Bikrama Buspa meletakkan merak itu di dalam dulang emas dan perak
lalu merak itu menggerak-gerakkan ekornya dan boleh berpantun serta berseloka.
Inderaputera yang masih kanak-kanak tertarik dengan merak emas itu lalu turun
daripada riba ayahnya. Dengan tidak disangka-sangka merak itu menyambar
Inderaputera lalu menerbangkannya.
Ayahanda dan bondanya sangat berduka cita.
Inderaputera yang diterbangkan telah
dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek
Kebayan. Nenek Kebayan yang pulang
daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. Inderaputera menceritakan
kisahnya kepada Nenek Kebayan. Nenek
Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan
penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah.
Suatu
hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri.
Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok
sekali. Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan
Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya
bersetuju walaupun berat hati. Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan
Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.
Rujukan : http://arifbahasa2.blogspot.com/2012/07/hikayat-inderaputera.html
Tuanku
Gombang Malim Dewa dan permaisuri Tuan Puteri Lindungan Bulan memerintah negeri
Bandar Muar. Mereka mempunyai seorang putera, Tuanku Malim Deman. Pada suatu
malam, Tuanku Malim Deman bermimpi didatangi seorang wali Allah menyuruh
baginda pergi ke hulu negeri berjumpa dengan Nenek Kebayan untuk beristerikan
Puteri Bongsu dari pada tujuh beradik dari kayangan yang akan turun ke dalam
taman nenek memetik bunga mengarang kuntum pada setiap malam purnama. Sedar
dari beradu, Tuanku Malim Deman berubah menjadi seorang yang gila bayang. Seisi
istananya kehairanan terutama pengasuhnya, Si Kembang Cina.
Baginda
memohon pekenan ayah dan bundanya untuk pergi berburu ke hulu negeri. Pada
mulanya Tuanku Malim Deman diiringi sekalian ramai hulu balang dan rakyat
jelata. Namun mereka tewas; akibat kebuluran, penyakit, sesat dan berpatah
balik. Akhirnya tinggallah Tuanku Malim Deman, Awang Selamat dan anjingnya Si Kumbang.
Awang Selamat jatuh sakit dan meninggal dunia dalam perjalanan, Si Kumbang pula
mati lemas. Tinggallah Tuanku Malim Deman sendirian menempuhi berbagai-bagai
kesusahan dan penderitaan sehingga menemui sebiji batil emas hanyut berisi
sebentuk cincin dan sehelai rambut.
Semua
ini milik Puteri Bongsu dari kayangan yang berkata barang sesiapa yang menemui
batil tersebut ialah jodohnya. Sebenarnya puteri ini telah di tunangkan dengan
Medan Si Tangkal Ali tetapi tidak di sukainya. Tuanku Malim Deman menemui Nenek
Kebayan dan dengan helah mereka baju layang Puteri Bongsu diambil oleh Tuanku
Malim Deman. Akhirnya TuankuMalim Deman membuka rahasia batil emas dan apa
tujuan sebenar kedatangannya. Mereka dikahwinkan oleh Betara Guru di rumah
Nenek Kebayan.
Kepulangan Tuanku Malim Deman membawa isteri
disambut penuh meriah dan kebesaran oleh kedua orang tuanya, lalu diadakan
kenduri kahwin besar-besaran. Rakyat negeri Bandar Muar mengadakan pesta selama
tiga bulan sebagai tanda kesyukuran dan
Tuanku Gombang Malim Dewa sendiri berkenduri membayar nazarnya.
Rujukan: http://muhamadsyahrulmanar.blogspot.com/
Hikayat
Siak menceritakan kisah Raja Kecil yang semasa kecil dipanggil Tuan Bujang.
Raja Kecil merupakan anak Sultan Mahmud (Sultan Abdul Jalil Syah) yang
memerintah Johor Lama. Sultan Mahmud lebih dikenali sebagai Raja Mangkat
Dijulan( Marhum Mangkat Dijulang ). Makam baginda masih ada di kampung Makam
Kota Tinggi dan diwartakan sebagai lokasi sejarah negeri Johor. Sultan Mahmud
dipercayai merupakan raja dari keturunan Sultan Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka
yang tewas diserang Portugis.
Sultan
Mahmud dari Kesultanan Melayu Melaka telah melarikan diri ke Kampar , Sumatera
dan berkahwin dengan seorang anak raja di sana. Baginda dikurniakan dua orang
anak lelaki . Seorang anaknya berhijrah ke Perak membuka kerajaan di sana dan
seorang lagi berhijrah ke Johor Lama (Kota Tinggi) Johor dan membina sebuah
negara di panggil Kerajaan Johor. Pemerintahan Johor dari keturunan Kesultanan
Melayu Melaka, sampai kepada Marhum Mangkat Dijulang.
Baginda
berkahwin dengan orang kebanyakan iaitu Encik Pung. Encik Apung dikatakan telah
hamil akibat tertelan manikam Sultan Abdul Jalin Syah. Baginda mangkat kerana
dibunuh oleh Laksamananya sendiri iaitu Megat Seri Rama. Megat Seri Rama
bertindak sedemikian kerana isterinya telah dihukum mati kerana memakan seulas
nangka yang ingin dipersembahkan kepada sultan. Hali ini telah menyebabkan
Megat Seri Rama bertindak dengan membunuh sultan.
Rujukan: http://azamhasnizam.blogspot.com/2013/01/sinopsis-hikayat-siak-cerita-dalam.html
Pada
permulaan cerita dalam teks ini mengisahkan tentang jurai keturunan raja-raja
Melayu. Cerita dimulakan dengan bacaan ayat suci. Pengarang kemudiannya
menceritakan pada bab pertama dan beberapa pasal lagi tentang salsiah keturunan
raja-raja Melayu ynag dimulai dengan seorang raja Melayu yang bernama Seri Teri
Buana berasal dari Bukit Siguntang yang turun ke Palembang, lalu ke Bentan, dan
akhirnya membuka negeri di Singapura.
Semasa
di Singapura, berlakulah kisah pemerintahan Seri Teri Buana dan terus bertukar
tangan dalam keturunannya sehingga kepada Paduka Seri Maharaja. Semasa
pemerintahan Paduka Seri Maharaja inilah Singapura telah dilanggar oleh ikan
todak. Hal ini kerana Paduka Seri Maharaja telah membunuh seorang ulama aulia
Allah namanya Tuan Zain al-Khatib. Setelah Paduka Seri Maharaja mangkat,
anaknya menjadi raja bergelar Raja Iskandar Syah.
Setelah
itu, Singapura telah dikalahkan oleh Majapahit, akibat Sang Rajuna Tapa telah
belot membuka pintu pagar kepada orang Majapahit. Hal ini kerana, Raja Iskandar
Syah telah membunuh anak Sang Rajuna Tapa tanpa usul periksa akibat fitnah.
Setelah kalah kepada Majapahit, Raja Iskandar Syah mengambil keputusan untuk
membuat negeri di Melaka.
Apabila
Raja Iskandar Syah meninggal dunia, anaknya yang bernama Raja Besar Muda
menjadi raja. Raja Besar Mudalah yang mula-mula melantik menteri yang empat.
Raja Tengah, anak kepada Raja besar Muda menjadi raja dan kemudian digantikan
pula oleh Raja Kecik Besar. Raja Kecik Besar ialah raja Melayu yang mula-mula
memeluk agama Islam dengan memakai nama Sultan Mauhammad Syah.
Baginda
telah menetapkan adat raja dan orang besar Melaka, serta kedudukan anak raja
dan orang besar-besar dalam istana. Sultan Muhammad Syah digantikan oleh Sultan
Abu Syahid dan baginda pula digantikan oleh Sultan Mansur Syah.
Rujukan: http://azamhasnizam.blogspot.com/2013/01/sinopsistuhfat-al-nafis-pada-permulaan.html
Hikayat
Merong Mahawangsa mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri
berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai
masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita
yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan
yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang
raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga
menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China,
angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda
yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang
Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja
China.
Sementara
Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui
usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka.
Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong
Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong
Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya
membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang
ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu
tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat
dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.
Rujukan: http://www.mykedah2.com/10heritage/111_3.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan